Pages


Friday, June 4, 2010

Peringatan...Tolong sebarkan.Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian..




Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg




http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg


http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg


Thursday, June 3, 2010

Baik dan Lemah Jodoh Kita...


SOALAN


Macamana dengan ayat surah an-nur, yang mengatakan, bahawa, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja..dan yang sebaliknya juga begitu


JAWAPAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukran kerana bertanya,dan perlu di ingatkan saya bukanlah yang terbaik dalam memberi jawapan,hanya insan yang kerdil. Kerana ilmu Allah itu maha luas, tidak terkira. Bak kata ilmuan Islam (Ilmu manusia itu seumpama setitis daripada air lautan)makin banyak yang kita pelajari maka makin banyak yang kita akan rasa tidak tahu..tetapi tahniah bagi yang ingin ketahui hakikat sebenar sesuatu kebenaran.hanya mereka yang pendek akal atau tidak mahu terima kemajuan dalam diri serta kebenaran sahaja yang tidak akan belajar.

Baik,terus kepada soalan yang enta/ti? ajukan.(ana tidak kenal sapa kamu).dapatlah kita tahu ianya menyentuh asas kehidupan lelaki dan perempuan.Islam amat menekankan disiplin dalam kehidupan kita dari segala segi bagi mencapai kesempurnaan iman dan hidup dunia dan akhirat.jadi IANYA BERTUNJANGKAN ALQURAN DAN HADIS.itu yang terutama.

Banyak ayat quran dan hadis nabi s.a.w yang menyentuh tentang keperibadian muslim yang sejati secara keseluruhanya dan menjadi panduan kita sepanjang hayat..dan tidak cukup ruang Untuk ana ulas pada masa ini.

Dan apabila menyentuh kepada ayat alquran atau pada hadis. Tidak boleh tidak kita kene merujuk kepada mereka yang ARIF DAN MEMPUNYAI KEAHLIAN SELAYAKNYA Untuk kita lebih jelas dan mengetahui maksud tersurat dan tersirat.


Untuk melihat pada satu2 ayat alquran,kita perlu juga mengaitkan pada ayat yg sebelumnya atau ayat yg selepasnya(dalam surah2 yang lain) juga kepada hadis ..kerana kesemuanya bersangkut paut dan terkait rapat,agar kita tahu bagaimana keadaan nya yang sebenarnya.

Ayat yang ditanya itu sudah wujud perbincangn mengenainya sejak zaman berzman,jadi sama2 kita kongsi perbincangn tersebut..

Firman Allah Taala bermaksud:
Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan yang demikian itu di haramkan atas orang-orang yang mukmin.
(Surah an-Nur: ayat 3).


Maka timbul persoalan di sini bagaimana pula mereka-mereka yang baik mendapat pasangan hidup yang tidak baik atau sebaliknya?? ?

Perlu kita mengetahui bahawa ayat 3 dari Surah an-Nur itu telah dimansuhkan oleh ayat 32 dari Surah an-Nur juga.


Firman Allah Taala bermaksud:
Dan kahwinknlah orang-orang yang sendirian(yang belum berkahwin) di antara kamu,dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah an-Nur: ayat 32).


Jadi di sini kita mengetahui bahawasanya tidak semestinya orang-orang baik mendapat orang-orang yang baik juga. Namun kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan pasangan hidup yang terbaik untuk kita. Jika kita tidak mendapat pasangan seperti yang kita harapkan - pasti di sana terdapat hikmah ataupun ujian dari Allah Taala kepada hambaNya kita tidak ketahui. Sesungguhnya apa-apa yang di tentukan oleh Allah Taala itulah yang paling baik untuk kita.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil.
(Surah an-Nahl: ayat 72).


Adalah tidak mustahil kita mendapat pasangan hidup yang baik walaupun kita tidak baik. Semuanya bergantung kepada usaha kita ke arahnya dan kehendak Allah Taala.


Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
[Maksud surah al-Nur 24:26]


Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

[1] Kaedah tafsir menyebut:
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.

[2] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.
Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.

[3] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

[4] Kaedah usul pula menyebut:
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.

Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai:
Pertama:
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.

Kedua:
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas.

Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.

Ketiga:
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim).
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.

Keempat:
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.

"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

Sebagai contoh:
Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

Inilah yang disebut sebagai:

Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.


Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.

Istihadhah Permainan Syaitan???


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Setelah beberapa beberapa ketika saya bertangguh untuk memberi penjelasan tentang perkara ini, dan atas keseganan sendiri untuk melakukan post ini, akhirnya, insyaALLAH kali ini saya berusaha mengupas isu istihadah ini sedikit berbeza dari biasa. Atas permintaan beberapa sahabiah, dan adik usrah, saya harap pembaca lain akan sedikit terbuka walau isu ini lebih kepada urusan wanita.


Selalu saya di tanya oleh sahabiah yang mengalami masalah kitaran haid tentang waktu sebenar kitaran haid dan cara mengenali dan membezakan antara haidh, nifas dan darah istihadah, cara pengurusan dan amalan yang boleh dan tidak ketika dalam setiap keadaan. Ketiga-tiga perkara di atas merupakan antara perkara terpenting yang amat-amat perlu difahami teori dan praktikalnya bagi setiap insan bergelar wanita. Ia amat perlu supaya ia memudahkan urusan ibadah kita dan amat penting juga dalam urusan berumahtangga. Berkenaan dalam ikatan suami isteri, boleh saya katakan, isu-isu ini turut penting bagi golongan muslimin dalam mengetahui dan memahami kondisi isteri terutamanya supaya kelak tiada kecelaruan berlaku.


Namun, entri kali ini, saya tidak bercadang untuk mengupas satu persatu teori dan pengurusan diri atas ketiga-tiga perkara tersebut kerana terlalu banyak rujukan yang mudah di dapati dan jauh lebih baik dari kefahaman saya sendiri, malah ia juga merupakan rujukan saya. InsyaALLAH kali ini, saya ingin memfokuskan kepada perspektif lain tentang istihadah, tentang wujudnya istihadah yang lebih dari kerana ianya darah kotor yang disebabkan oleh penyakit dan sebagainya.



Overview darah Istihadah

Atas kesedaran dan kefahaman seorang muslimah, istihadah lebih mudah di fahami sebagai darah wanita yang mengalir luar dari masa kitaran haid. Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan. Ia boleh di kesan dengan mengenal pasti waktu keluarnya darah yang berbeza dan ‘terlebih’ dari biasa (mengikut kitaran haid normal bagi individu), dan melalui warna darah.


Terdapat beberapa dalil atas kes istihadah. Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:


“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”


Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:


“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al- Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya. ]


Kesedaran atas berlakunya istihadah perlulah hadir dari kefahaman tentang perbezaan waktu suci sepatutnya dan waktu kotor sepatutnya (kitaran haid). Jadi terlalu penting bagi seorang muslimah untuk mencatitkan waktu kedatangan haid untuk memudahkan urusan ibadah kita terutamanya. Banyak perbincangan dan buku yang boleh di rujuk untuk perkara ini.



Istihadah :: adakah permainan syaitan?

Di luar sedarnya kita, wahai kaum muslimah, saya ingin tegaskan di dalam entri kali ini bahawa masalah istihadah merupakan salah satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita. Hal ini ada di bincangkan di dalam kuliah tafsir al-a’raf oleh Ustaz Zahazan di radio Ikim.fm, dan beberapa kuliah fiqh muslimat di uia, serta terdapat beberapa buku yang turut membincangkannya seperti fiqh wanita, petunjuk quran dan sunnah berkenaan haid, istihadah dan nifas (terbitan alfirdaus.com) , dan beberapa kitab lain.


Tentu, terlalu normal orang mengatakan bahawa darah istihadah merupakan darah kotor seseorang yang mungkin di sebabkan oleh beberapa faktor seperti penyakit, pengambilan makanan, stress dan sebagainya. Dan ini sememangnya terdapat hadith sahih tentangnya. Namun, saya tertarik untuk membincangkan satu hadith;


Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.”
[
Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]


Hadith ini jelas menyatakan bahawa darah istihadah merupakan darah yang disertai oleh syaitan. Suatu perkara yang besar saya kira untuk di fahami oleh muslimah terutama sekali yang berhadapan dengan istihadah. Permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat. Sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan ibadah. Jadi tidak hairanlah mengapa muslimah yang mengalami hal istihadah sering bertanya kepada pelbagai pihak, walau sudah berulang kali dek kerana inginkan kepastian. Alhamdulillah, at least mereka sedar akan pentingnya memahami hal istihadah dan pengurusan supaya tidak menjejaskan urusan ibadah. Jadi jelas sekali, ini merupakan salah satu tipu daya syaitan dalam membina perasaan was-was sekaligus menghalang kita mencapai kesempurnaan dalam ibadah seperti solat.


Selain itu, masalah istihadah dan permainan syaitan yang ke dua melibatkan sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga. Merujuk kepada surah al-baqarah ayat ke 102, di situ ada menyatakan bahwa terdapatnya sihir syaitan yang berperanan memporak perandakan dan mencerai beraikan suami isteri dan ada ulama’ yang menghuraikan salah satu method yang di maksudkan adalah istihadah yang mana ia merupakah salah satu daf’ah (tipu daya) syaitan ke atas wanita dan suami dalam melahirkan kecelaruan dalam institusi rumah tangga melalui hubungan suami isteri tersebut. Ini di sokong oleh beberapa hadith yang menyatakan bahawa, syaitan itu pendamping bagi kaum muslimah, dan ada juga hadith yang menyatakan wanita itu pembawa syaitan. Jadi jelas membuktikan bahawa istihadah merupakan salah satu permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri.



Punca atas sedar


‘Kita stress lately, workload berat sangat...hmm, macamana ya?’ itu alasan selalu saya terima dari sahabiah yang bertanya.


Dari perspektif lain, sebenarnya muslimah perlu selalu bermuhasabah. Berfikir di luar kotak fikiran biasa. Sistem edaran darah wanita merupakan salah satu anugerah besar bagi seseorang wanita. Ada yang mengatakan ‘hadiah’ untuk wanita setelah setiap hari menanggung pelbagai kerja dalam kehidupan dan kitaran darah merupakan ‘cuti umum’ untuk menghilangkan lelah. Selain itu, kitaran darah juga menyucikan sistem tubuh wanita dengan membuang setiap darah kotor. Jauh dari itu, dapat dilihat, bahawa sistem ini merupakan ‘signal’ bagi muslimah yang berpenyakit, dan sebenarnya merupakan ‘ingatan’ untuk mereka yang sebenarnya sakit dari segi spiritual.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:

“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]


Terdapat dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas. Penyakit yang jelas adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam tubuh badan wanita. Dan penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit jiwa. Penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang mana semakin hari semakin lemah.


Seorang wanita yang mengalami istihadah tentunya faham keadaannya semasa itu. Bagi mereka yang stress, selalu cenderung mendera fizikal dengan meratapi stress tanpa cuba mengkaji spiritual semasa saat itu. Saya telah mengupas isu stress secara ringkas. Ia jelas menunjukkan bahawa sebab-sebab hadirnya stress yang sekaligus bisa menjarakkan hubungan semasa kita dengan ALLAH swt.


Antara perkara lain yang melibatkan penyakit rohani ialah;

1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat

2. Kelemahan roh: e.g.: instinct. Dan kelemahan batin dalam menghadapi setiap urusan . Jadi ini sala h satu sebab wanita yang menghadapi stress ada yang akan mengalami istihadah

3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik

4. Kelemahan akal : Akal tidak dapat menerima bebanan semasa dek kerana tidak diarahkan oleh kekuatan iman dan sebagainya



Atasi secara spiritual

Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;

1. Selalu berwudu’. Sentiasa memperbaharui wudhu seperti yang di lakukan oleh Rasulullah saw untuk memastikan diri kita sentiasa suci dan jauh dari gangguan syaitan

2. Mengamalkan doa; Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim

3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu

4. Bertadabbur

5. Bersedekah; memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)

6. Mengamalkan zikir. Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan pakaian jiwa. Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil

7. Mengamalkan solat dhuha


Apapun maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu sebagai ‘signal’ awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~ kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.


Jadi, apapun keadaan menghambat, jangan lupa untuk selalu bermuhasabah akan kekurangan diri bukan menyalah kan takdir semata atas musibah yang melanda. Dan walau sesibuk mana pun kita dan di mana jua kita di campakkan, pasti kan sentiasa hati dan jiwa kita tetap berhubung denganNYA.


Wallahu'alam bissawab



Sunday, May 30, 2010

:Sujud lama tidak batalkan solat::


1. Dalam sujud terakhir kita digalakkan memohon doa. Jika doa kita panjang dan berdoa dalam hati (berbahasa Melayu) bermakna ketika itu tiada pergerakan mulut atau fizikal yang agak lama. Adakah ditetapkan berapa lama kita boleh berada dalam keadaan sujud itu, dan jika melebihinya, adakah terbatal sembahyang tersebut.

JAWAPAN

Kita digalakkan berdoa ketika sujud tidak kira sujud terakhir atau selainnya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: Waktu paling hampir antara hamba dengan tuhannya ialah ketika dia bersujud, maka perbanyakkan doa (ketika sujud), nescaya dimakbulkan. (Riwayat Muslim)

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa Baginda sentiasa memperbanyakkan tasbih, doa dan memohon keampunan daripada Allah Taala ketika sujudnya.

Imam Syafie menyarankan agar kita membaca tasbih sebanyak tiga kali ketika sujud, diikuti doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersungguh-sungguh serta penuh pengharapan agar dimakbulkan Allah s.w.t.

Sekiranya menjadi imam dikhuatiri memberatkan makmum, jika menjadi makmum dikhuatiri tertinggal gerakan bersama imam kerana leka dengan doa dalam sujud. ( lihat, Al-Umm, Al-Syafie, 1/100)

Tiada had tempoh sujud selagi tidak terkeluar dari waktu solat tersebut. Sujud yang lama tidak membatalkan solat. Sekiranya doa yang dibaca bukan lafaz yang ma'thur (yang bukan diambil daripada hadis atau ayat al-Quran), maka bolehlah berdoa dalam apa sahaja bahasa dengan tidak melafazkannya.


Saturday, May 22, 2010

Bersahabat Ertinya Bercinta

Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu. Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Teringat saya akan kenangan semasa di sekolah dahulu. Dalam bersahabat bukan setiap masa kita gembira. Ada kalanya juga kita bertengkar. Apa yang penting setiap pertengkaran itu membuatkan kita lebih memahami satu sama lain. Lebih menghormati hak-hak masing-masing.

Bersahabat Itu Ertinya Bersatu

Teringat kata-kata Ustaz Khazri semasa saya bersekolah dahulu, “Sahabat paling rapat dengan kamu adalah sahabat yang tidak kisah soal duit. Andai kata sahabatnya kesusahan dalam soal duit, terus dihulur dompetnya kepada sahabatnya.”

Begitu katanya tentang sahabat. Ustaz Khazri Osman yang saya kenal memang bukan seorang yang lokek. Andai kata ada pelajar di asrama mempunyai masalah, dia akan cuba membantu sebolehnya. Meskipun masalah kewangan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”

Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.

Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.

Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.

Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.

Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.

Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia

Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.

Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaimana.


Friday, April 30, 2010

Bagi jiwa-jiwa Yang Merasa Lelah & Bosan di Jalan ini

Nasehat Untuk Yang Merasa Lelah & Bosan di Jalan ini


Ikhwati fillah, mari kita renungkan fragmen berikut :
“Akhi, dulu ana merasa semangat saat aktif
dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin
kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang
aneh-aneh...” Begitu keluh kesah seorang kader dakwah kepada
murobbinya di suatu malam.
Sang murobbi hanya terdiam,
mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. “Lalu, apa
yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu “?
sahut sang murobbi setelah sesaat termenung.
“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini.
Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tak Islami.
Juga dengan organisasi da'wah yang ana geluti ; kaku dan sering
mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana lebih
baik sendiri saja..” jawab ikhwah itu.

Sang murobbi
termenung kembali. Tak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot
matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah
diketahuinya sejak awal. “Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal
mengarungi lautan luas, kapal itu ternyata sudah amat bobrok. Layarnya
banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau
kotoran manusia. Lalu, apa yang antum lakukan untuk tetap sampai pada
tujuan ?” Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam.

Sang mad'u terdiam
berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam
melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah antum memilih untuk
terjun ke laut dan berenang sampai tujuan “? sang murobbi mencoba
memberi opsi. “Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa
senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut,
atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa
kekuatan antum untuk berenang sampai tujuan ? Bagaimana bila ikan hiu
datang ? Darimana antum mendapat makan dan minum ? Bila malam datang,
bagaimana antum mengatasi hawa dingin ? serentetan
pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwan tersebut.

Tak ayal, sang ikhwan menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya
menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadang memuncak, namun
sang murobbi yang
dihormatinya justru tak memberi jalan keluar yang sesuai dengan
keinginannya.
“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan
da'wah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah SWT ?” (
Pertanyaan menohok ini menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.
Bagaimana bila ternyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan
itu ternyata mogok ? antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu
tergeletak di jalan, atau mencoba memperbaikinya ? Tanya sang murobbi
lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam
sesenggukkan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya …”
Cukup akhi, cukup. Ana sadar. Maafkan ana, Insya Allah ana akan tetap
istiqomah. Ana berda'wah bukan untuk mendapat medali kehormatan. Atau
agar setiap kata-kata ana diperhatikan. . Biarlah yang lain dengan
urusan pribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam da'wah.
Dan hanya jalan ini saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan
janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi
pelebur dosa-dosa ana ..” sang mad'u berazzam di hadapan sang
murobbi yang
semakin dihormatinya.
Sang murobbi tersenyum. “Akhi, jama'ah ini adalah
jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak
kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang
mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan
untuk berda'wah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia
terbaik pilihan..” papar sang murabbi.
“ Bila ada satu-dua
kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi
perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa
manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata
antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap da'wah selama ini.
Karena di
mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.
Futur, mundur,
kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk
akal. Apabila setiap
ketidaksepakatan selalu disikapi dengan jalan itu; maka kapankah da'wah
ini dapat berjalan baik “? sambungnya panjang lebar.
Sang
mad'u termenung merenungi setiap kalimat murobbinya. Azzamnya memang
kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut di hatinya. “Tapi,
bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi da'wah dengan kapasitas ana
yang lemah ini ?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
“Siapa bilang kapasitas antum lemah ? Apakah Allah mewahyukan
kepada antum ? Semua manusia punya kapasitas yang berbeda. Namun tak
ada yang bisa
menilai bahwa yang satu lebih baik dari yang lain !” sahut sang murobbi.
“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiyah dalam kebenaran,
kesabaran, dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam
organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang yang
beriman. Bila ada sebuah isu atau gossip, tutuplah telinga antum dan
bertaubatlah. Singkirkan segala ghibah antum terhadap saudara antum
sendiri. Dengan
itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya…”
Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk
tetap berputar bersama jama'ah dalam mengarungi jalan da'wah.

Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan
biarkan asa itu hilang, dihempas gersangnya debu 'wahn'
yang begitu kencang menerpa. Biarkan amal-amal ini semua
menjadi saksi, sampai kita diberi satu dari dua kebaikan oleh ALLAH
SWT: kemenangan atau mati syahid.


Ikhwati fillah,
Jalan ini, seberat dan sesulit apapun itu, seorang
mukmin sejati akan senantiasa menikmati dan mencintainya. Dalam
menjalaninya, kita akan dapat merasakan manisnya jalan ini, rasa manis
yang akan memudahkan semua kesulitan, meringankan beban berat,
menabahkan kita untuk terus menapaki dan mendakinya, dan menjadikan
kita ridho terhadap-NYA, bahkan ketika melewati masa terpahit dan hari
terberat sekalipun.
kita akan selalu ingatkan siapa saja yang berniat mundur dari jalan ini :
"Sesungguhnya akibat dari pengunduran diri adalah keburukan. Apalagi
bagi orang yang
telah mengerti kebenaran lalu berpaling darinya. Bagi orang yang telah
merasakan manisnya kebenaran lalu tenggelam dalam kebatilan.
Sesungguhnya membatalkan janji kepada Allah termasuk dosa yg besar di
sisi ALlah dan hina di pandangan orang2 yg beriman.."
sesungguhnya kita akan menemui masa-masa sulit, masa-masa yg melelahkan, dan
berbagai ujian. Padahal kita tengah berada dan berjalan diatas jalan
kebenaran dan disibukkan berbagai aktifitas dakwah. Tapi kita meyakini
bahwa teguh diatas jalan ini dan sabar menghadapi berbagai, niscaya
kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yg tersisa bagi kita
adalah ganjaran dan pahala...
Kita selalu menyadari bahwa sesungguhnya amal islami
bukanlah aktifitas sesaat.. amal islami bukanlah aktifitas yg cukup
dikerjakan disaat kita memiliki waktu luang dan bisa ditinggalkan saat
kita sibuk. Sekali-kali tidak... Amal islami terlalu mulia dan agung.
Sesungguhnya celah tidak akan pernah tertutup... kekurangan tidak akan pernah
hilang, dan yang ma'ruf tidak akan pernah terwujud kecuali dengan
amal...
disinilah peran kita...wahai saudaraku semua....peran kita semua. Tentu saja,
kata-kata bukan sekedar untuk diucapkan, tetapi ia untuk dipahami dan
diamalkan...
Kita paham dan sadar bahwa agama ini hanya akan tegak diatas pundak
orang-orang yang memiliki azzam yg kuat. Ia tidak akan tegak diatas
pundak orang-orang yg lemah dan suka berhura-hura, tidak akan pernah.
Tidak akan pernah tegak agama ini hanya dengan ragu, termangu menjalin mimpi
tanpa gerak maju...
Tidak akan pernah tegak agama ini tanpa kerja nyata, dan tercencang jeratan
angan hampa....
Ada nasehat yg luar biasa dari Ibnul Qayyim rahimahullah. .."Wahai orang
yang bersemangat banci..! ketahuilah, yang paling lemah di papan catur
adalah bidak. Namun jika ia bangkit, ia bisa berubah menjadi menteri,
bahkan 'ster'...
nasehat tersebut sangat mengena buat kehidupan kita... betapa kita
sering memiliki
semangat yang banci dalam mengemban dan menapaki jalan ini, bukan
semangat yg membaja... kita hanya mau aktif dalam 'zona nyaman'....
kita menjadi militan karena lingkungannua memang membentuk seperti
itu, tapi sebenarnya kita rapuh...kita sering dan mudah sekali
mengeluh dan
mengeluh, padahal kita belum mencoba berbuat sesuatu....
Semoga Allah merahmati orang yang telah mengucapkan kalimat berikut :" Wahai
orang yang meminang bidadari surga tetapi tidak memiliki sepeser pun
semangat, janganlah engkau bermimpi.... telah sirna manisnya masa muda
dan yang tersisa hanyalah kepahitan dan penyesalan.. ..

Jika Kesusahan adalah Hujan
dan Kebahagiaan adalah Mentari
Kita tetap membutuhkan keduanya
Untuk melihat indahnya Pelangi

Begitulah aku mengibaratkan UKHUWAH ini
Senantiasa saling melengkapi satu dengan lainnya
Dan tak ku nafikan jika ada kekurangan yg terjadi di dalamnya
Karena itulah ruang PEMAKLUMAN ini begitu terbuka luas untuknya
Dan
aku senantiasa belajar untuk dapat MEMAHAMI nya
semoga begitu juga denganmu ...


Saturday, April 24, 2010

~MaNiSnYa TaUbAt~

Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"


"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".

Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh,
bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..