Pages


Wednesday, December 12, 2012

Wahai purnama~~ Ku merinduimu..



بسم الله الرحمن الرحيم................

          Alhamdulillah,syukur dengan nikmat Allah ku masih hidup dan mempunyai kekuatan untuk kembali menulis sedikit coretan hidupku supaya boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada orang ramai.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Allah~~
          Hanya itu yang mampu ku ucap pada masa ini. Seusai solat maghrib tadi, tiba-tiba terdetik di hatiku ini untuk bermuhasabah diri ini balik. Aku terduduk di hujung katil sambil merenung di luar jendela. Allah~ hari ini terlalu banyak peristiwa berlaku pada diri ini,bukan hari ini sahaja yang ku banyak buat dosa,tapi begitu juga hari-hari sebelum ini. Aku renung kembali detik-detik ku lalui sepanjang buat minggu ini sahaja..Allah~ terlalu banyak dosa.Akhirnya menitis juga air mata keegoanku. Ahli keluargaku tidak menyedari yang ku sedang menangis. Ketika itu,hanya ku mampu istighfar banyak-banyak kerana menahan sebak di dada yang tidak dapat ku tanggung lagi. Aku rindu Nabi Muhammad, rindu kekasih Allah~~ Ku menangis teresak-esak kerana ku bayangkan bagaimana ku hendak menghadap Nabi Muhammad dengan keadaanku yang penuh dosa dan hina ini. Ku tidak layak menjadi umatmu Nabi Muhammad. Wahai purnama~~


 Written by: Srikandi Solehah93

No comments:

Post a Comment