Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh pembaca blog saya ini.Sekarang ini saya menuntut di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,Mengkuang,Pulau Pinang.Opsyen saya di sini ialah Opsyen Bahasa Arab Pendidikan Rendah(sk).Oleh itu,saya tidak boleh lari daripada mempelajari subjek Bahasa Arab.Hmm...cakap formal la pulak...sahaja hendak mempraktis diri ini menggunakan bahasa baku.
Hampir seminggu saya belajar di IPG ini,mula-mula saya menjejak kaki di sini,saya agak terkejut dengan suasananya yang sangat berbeza dengan keadaan di maahad dan di Universiti Malaya,Nilam Puri.Saya agak takut pada mulanya mana tidaknya sebelum ini saya tidak pernah bercampur dengan orang bukan islam.Kedua-dua jiran saya ini ialah orang bukan islam.Jadi,saya tidak dapat mengelak daripada berkawan dengan mereka.Saya ingat lagi waktu pendaftaran,ada budak India ini hendak duduk sekali dengan bilik saya.Saya apa lagi terkejut la,tapi waktu itu saya senyum sahaja...bukan apa waktu itu hanya saya seorang sahaja orang islam dan tiga orang lagi bukan islam.Saya tidak mahu membuat keputusan secara meluru kerana tidak mahu orang bukan islam bersangka buruk terhadap orang islam pula nanti...mungkin ALLAH meletakkan saya berjiran dengan orang bukan islam ini untuk memberi peluang kepada saya untuk berdakwah..mungkin je la...
Jadual di IPG ini agak padat,jadi setiap hari berasa letih sangat.Mana tidaknya sudah la kelas dengan asrama penginapan jauh sangat.Dari asrama ke kelas kena turun bukit dulu.Kalau dari kelas hendak ke asrama kena naik bukit dahulu.Dah la ana dapat bilik di tingkat atas sekali,tingkat 4 pula tu...lama kelamaan saya rasa berat badan saya akan turun la...hihihih...ingat lagi waktu parents saya datang hendak ambil saya pulang ke kedah tu...mak saya terkejut tengok saya..mak saya kata"ya allah,angah makin kurus la..."..saya senyum je..mana tidaknya makan nasi sekali sehari je...bilik penginapan terletak di tingkat atas sekali pula tu...sudah nasib badan la dapat bilik di tingkat atas sekali.
Di sini,kantin dan kafe tutup hari sabtu dan ahad...setiap hujung minggu kami semua terpaksa mencari sumber makanan untuk terus hidup.Kesian sangat...kalau hendak keluar outing mesti kena fikir banyak kali..mana tidaknya kawasan yang kami duduk ni kawasan kampung...mana ada barang-barang keperluan yang kami mahu..jadi terpaksala sewa kereta senior untuk keluar ke pekan...dah la pekan paling dekat pun dekat bukit mertajam..agak jauh dari tempat kami..hendak buat macam mana..pekan itu je yang paling dekat..sabar je la...sabar kan separuh daripada iman...^_^
Hmm...sebenarnya banyak cerita yang saya mahu kongsi dengan para pembaca...pengalaman saya dalam meniti usia remaja untuk diberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca..pengalaman memang betul2 mendewasakan pemikiran kita semua...sekarang ini saya ada assignment yang perlu diselesaikan..ok!!...maafkan segala kesalahan saya dan kata2 saya...wassalam...
No comments:
Post a Comment