Pages


Thursday, June 3, 2010

Baik dan Lemah Jodoh Kita...


SOALAN


Macamana dengan ayat surah an-nur, yang mengatakan, bahawa, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja..dan yang sebaliknya juga begitu


JAWAPAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukran kerana bertanya,dan perlu di ingatkan saya bukanlah yang terbaik dalam memberi jawapan,hanya insan yang kerdil. Kerana ilmu Allah itu maha luas, tidak terkira. Bak kata ilmuan Islam (Ilmu manusia itu seumpama setitis daripada air lautan)makin banyak yang kita pelajari maka makin banyak yang kita akan rasa tidak tahu..tetapi tahniah bagi yang ingin ketahui hakikat sebenar sesuatu kebenaran.hanya mereka yang pendek akal atau tidak mahu terima kemajuan dalam diri serta kebenaran sahaja yang tidak akan belajar.

Baik,terus kepada soalan yang enta/ti? ajukan.(ana tidak kenal sapa kamu).dapatlah kita tahu ianya menyentuh asas kehidupan lelaki dan perempuan.Islam amat menekankan disiplin dalam kehidupan kita dari segala segi bagi mencapai kesempurnaan iman dan hidup dunia dan akhirat.jadi IANYA BERTUNJANGKAN ALQURAN DAN HADIS.itu yang terutama.

Banyak ayat quran dan hadis nabi s.a.w yang menyentuh tentang keperibadian muslim yang sejati secara keseluruhanya dan menjadi panduan kita sepanjang hayat..dan tidak cukup ruang Untuk ana ulas pada masa ini.

Dan apabila menyentuh kepada ayat alquran atau pada hadis. Tidak boleh tidak kita kene merujuk kepada mereka yang ARIF DAN MEMPUNYAI KEAHLIAN SELAYAKNYA Untuk kita lebih jelas dan mengetahui maksud tersurat dan tersirat.


Untuk melihat pada satu2 ayat alquran,kita perlu juga mengaitkan pada ayat yg sebelumnya atau ayat yg selepasnya(dalam surah2 yang lain) juga kepada hadis ..kerana kesemuanya bersangkut paut dan terkait rapat,agar kita tahu bagaimana keadaan nya yang sebenarnya.

Ayat yang ditanya itu sudah wujud perbincangn mengenainya sejak zaman berzman,jadi sama2 kita kongsi perbincangn tersebut..

Firman Allah Taala bermaksud:
Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan yang demikian itu di haramkan atas orang-orang yang mukmin.
(Surah an-Nur: ayat 3).


Maka timbul persoalan di sini bagaimana pula mereka-mereka yang baik mendapat pasangan hidup yang tidak baik atau sebaliknya?? ?

Perlu kita mengetahui bahawa ayat 3 dari Surah an-Nur itu telah dimansuhkan oleh ayat 32 dari Surah an-Nur juga.


Firman Allah Taala bermaksud:
Dan kahwinknlah orang-orang yang sendirian(yang belum berkahwin) di antara kamu,dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah an-Nur: ayat 32).


Jadi di sini kita mengetahui bahawasanya tidak semestinya orang-orang baik mendapat orang-orang yang baik juga. Namun kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan pasangan hidup yang terbaik untuk kita. Jika kita tidak mendapat pasangan seperti yang kita harapkan - pasti di sana terdapat hikmah ataupun ujian dari Allah Taala kepada hambaNya kita tidak ketahui. Sesungguhnya apa-apa yang di tentukan oleh Allah Taala itulah yang paling baik untuk kita.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil.
(Surah an-Nahl: ayat 72).


Adalah tidak mustahil kita mendapat pasangan hidup yang baik walaupun kita tidak baik. Semuanya bergantung kepada usaha kita ke arahnya dan kehendak Allah Taala.


Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
[Maksud surah al-Nur 24:26]


Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

[1] Kaedah tafsir menyebut:
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.

[2] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.
Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.

[3] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

[4] Kaedah usul pula menyebut:
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.

Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai:
Pertama:
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.

Kedua:
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas.

Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.

Ketiga:
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim).
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.

Keempat:
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.

"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

Sebagai contoh:
Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

Inilah yang disebut sebagai:

Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.


Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.

No comments:

Post a Comment