Pages


Saturday, April 28, 2012

kata khalifah..

 kata khalifah..

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti

kehormatan dirinya akan terjaga.


Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

 BerUsrahlah...


 

 

CINTA...

CINTA BOLEH TUMBUH DALAM MADU DAN RACUN..CINTA TIDAK SELALU BERSAMA JODOH TETAPI JODOH SELALU BERSAMA CINTA..KEHIDUPAN INI SEUMPAMA BUNGA..MAKA CINTA ADALAH MADUNYA..

~ HAMKA~



SESIAPA PUN PANDAI MENGHAYATI CINTA TETAPI TIADA SIAPA YANG PANDAI MENILAI CINTA KERANA CINTA BUKAN OBJEK YANG BOLEH DILIHAT OLEH MATA KASAR..SEBALIKNYA CINTA HANYA DAPAT DITILIK MELALUI HATI DAN PERASAAN..CINTA MAMPU MELUNAKKAN BESI,MENGHANCURKAN BATU,MEMBANGKITKAN YANG MATI DAN MENIUPKAN KEHIDUPAN PADANYA SERTA MEMBUAT BUDAK MENJADI PEMIMPIN..INILAH DAHSYATNYA CINTA... 

No comments:

Post a Comment