Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Terdapat satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum
wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah
bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu."
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Bagaimana pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya, masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang lelaki yang seagung Rasullulah dan sehebat sahabat-sahabat nya.
Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"
Namun sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman hidup aku yang sah.
hasratku untuk mempersiapkan diri untuk menjadi miliku wahai lelaki soleh.amin
ReplyDelete