Wednesday, June 22, 2011
hari pertama di Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan
Pada pukul 9 pagi ana ditemani dengan ahli keluarga ana pergi mendaftarkan diri di Universiti Malaya...mula2 ana x percaya yang ana nk mengaji di UM...ye la sblm ni ana dah berazam yang ana nk still STAM,di MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR...rindunya....tp,apabila rayuan UPU ana diterima...ana nk ckp apa lagi...so,malam tu buat discussion dgn family...kptsannya...
Ana ingat selepas pendaftaran ada orentasi,tp,rupa2nya kna masuk ke kuliah terus..huhuhu...kat sini bagi semester 1 ada 8 majmuah...ana dpt majumah 1...kalau ana tgk jadual majmuah ana,ahad dgn isnin merupakan hari paling letih...kelas padat sangat2....dah la ana bru dftr je,tiba2 kna msuk klas trus..hari ahad plak tu...tp,ahad dan isnin minggu ni ana x rasa pa2 lagi...syok ngaji di sini...dlm majmuah ana da 21 org t'msuk ana...6 muslimin 15 muslimat...alhamdulillah,ana rsa x teruk sgt mengaji kat sni...byk bnda yang ana dah mengaji di maahad sebelum ini baru diajar di sini...ana apa lagi tunjuk bakat budak maahad la...
Biah kat sini bagus sangat...tenang ja..lebih kurang sama dengan biah di Maktab Mahmud Alor Setar...kat sini ana jumpa kak Jalidah,senior ana....alhamdulillah,kalau ana da masalah ana akan terus berhubung dgn dia...kat sini yang hanya tau hnya 6 0rg bdk maahad(muslimat)antaranya ialah,syifak,iman,sabitah,raihan,fathyyah,syahirah dan ana...kat sini smua pensyarah baik2 je...siap puji bdk maahad lagi...kat sini juga rmai student maahad....
Penginapan pula,di sebelah muslimat terbahagi kepada 2 bahagian iaitu blok A dan blok B...ana dok blok B..tingkat tiga...x larat nk mendaki setiap hari...lepas ni jadi rutin ana la nk mendaki bangunan asrama ni...kat sini digalakkan solat jemaah...setiap bilik da 3 org walaupun katil leh tido 4 org...bilik ana dapat agak luas la...ana dapat sorang bdk yayasan khairah,baling,kedah dan bdk KISAS...smua hebat2 belaka....tkot ana nk study dgn dpa dua ni...hehehehe...
insyaallah,ari khamis dan jumaat ni da hari haluansiswa bagi pelajar second intake...sedihnya x dpt pergi pengajian TOK GURU NIK AZIZ....huhuhu..x da rezeki ana...k la nnti ana cerita lagi pengalaman ana di sini...sebenarnya banyak sangat benda2 baru ana dapat...ye la ana sebelum ni x pernah lagi berenggang dengan family ana...sekarang ni baru ana tahu betapa jauhnya langit dan bumi...kat sini smua kna berjimat,x leh nk boros2 sgt...alhamdulillah,ana ni bkn jenis org ska boros so, x jdi msalah bg ana...
hak cipta: srikandisolehah93...22/6/2011(Rabu),pukul 2.36 ptg...
Saturday, June 18, 2011
Monday, June 6, 2011
Muhasabah Diri

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Wednesday, June 1, 2011
Wahai remaja, pernahkah anda menangis?
Ya Allah, aku mohon padamu kau ampunilah segala dosa-dosaku. Hamba tahu, hamba terlalu banyak melakukan dosa terhadapmu ya Allah. Hampir tiap-tiap hari, tiap-tiap saat, selama aku masih hidup diatas muka bumi kau ya Allah. Hamba tidak pernah walau sedikitpun tidak melakukan kemungkaran terhadap diriku sendiri ya Allah. Aku berlaku zalim terhadap diriku sendiri ya Allah. Setiap kali aku melangkah kemana-mana, aku seringkali menzalimi diriku dengan melakukan bermacam jenis dosa ya Allah.
Mataku tidak terlepas daripada ancaman dari pelbagai sudut ya Allah. Rata-rata memakai pakaian tidak menepati syariatmu ya Allah. Mataku dizalimi dengan penglihatanku sendiri kerana aku tidak mampu menundukkan pandangan. Namun aku masih tertanya-tanya ya Allah, mengapa kaum Hawa segelintirnya suka mendedahkan aurat untuk menjadi tatapan kaum Adam ya Allah. Sedangkan didalam kitab sucimu Al-Quran serta hadis ada menyebut mengenai aurat. Lihatlah ya Allah hamba tidak mampu menghalang mereka daripada melakukan perkara mungkar.
Ya Allah, ramai anak remaja kaum hawa kini tidak segan dan silu membiarkan tubuh mereka dirantah golongan adam yang dahagakan tubuh mereka, namun mereka tidak takut dirantah api neraka. Makin hari makin ramai yang berzina sesama mereka. Ya Allah, kau berikanlah cahaya hidayahmu kepada mereka supaya mereka keluar dari lembah kehinaan dunia ini.
Ya Allah, aku mohon padamu kau berikanlah hidayahmu kepadaku agar aku mudah mendekatimu, aku mudah beribadat kepadamu, mudah bertaqwa kepadamu agar setiap rutin harianku tidak melanggar batas dan syariat yang telah ditetapkan olehmu sepertimana didalam Al-Quran. Ya Allah kau berikanlah cahaya hidayah dan petunjukmu kepada golongan yang jahil. Kau bukakanlah hati mereka dengan memberikan mereka peringatan dan pengajaran akan azabmu diakhirat, moga dengan peringatanmu ini mereka akan sedar daripada terus melakukan dosa.
Ya Allah, kau teguhkanlah imanku, kau kuatkanlah amal solehku, kau bimbinglah aku ke jalan yang benar yakni jalan yang kau redhai. Ya Allah, kau kurniakanlah kesabaran kepadaku yakni, Sepertimana kesabaran Nabi Muhammad s.w.t. Ya Allah kau tempatkanlah aku bersama-sama para sahabat apabila berada diakhirat nanti yakni bersama-sama para syuhada, para an’bia, para mujahidin serta Nabi Muhammad s.w.t.
Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan Islam. Jauhilah aku dari kejala-kejala murtad yang kini merebak bak virus yang sukar dicari penawarnya.
Ya Allah, aku mohon padamu, kau lindungilah, kau kuatkanlah, kau belalah parti politik yang ingin menegakkan agamamu di Malaysia ini moga Islam akan ditegakkan di Malaysia dengan izinmu. Ya Allah aku mohon sebelum aku meninggal dunia yang fana ini. Aku ingin melihat hukum Islam dilaksanakan di Malaysia, aku ingin melihat bertapa tingginya agama Islam apabila ditegakkan oleh golongan Ulama’, professional dan para-para pembesar yang mahukan Islam. Kerana aku ingin menikmati kehidupan dibawah pimpinan sebuah kerajaan Islam sepertimana pada kegemilangan Islam, zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.w.t. Aku teringin merasakan betapa nikmatnya hidup dibawah naungan Khalifah Islamiah.
Dimana agama Islam berada pada tahap tertinggi, kaum wanita dibela, hapuskan segala perkara mungkar. Dimana semakin kurangnya kadar jenayah, semakin kurangnya amalan rasuah, bangsa-bangsa utama di Malaysia yakni Melayu, Cina dan India. Dapat hidup harmoni aman sejahtera dibawah kerajaan Islam. Islam dapat diluaskan melalui aktiviti-aktiviti dakwah dan tiada siapa boleh menghalang agama Allah diperlebarluaskan diseluruh Malaysia serta dunia. Ya Allah, suasana inilah yang aku idam-idamkan dimana kerajaan Islam memiliki kuasa besar yang mampu menangkis serangan musuh-musuh Islam.
Ya Allah, kau jauhilah umat Islam daripada bergaduh sesama sendiri akibat perselisihan faham yang kecil, janganlah perkara kecil diperbesar-besarkan, sesungguhnya kau maha mengadili akan sesuatu.
“Dari Tsauban r.a katanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta’ala kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusan-ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa aku tidak menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan.”" (HR Muslim)
Ya Allah, kau perkenankanlah doaku ini, supaya apa yang dihajatkan dikabul olehmu. Amiin ya Robbal ‘alamin
Monday, May 30, 2011
Martabat Istiqamah
Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.
Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati.
Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.
Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.
Saturday, May 14, 2011
Reunion study group spm'10
Alhamdulillah,hari ini(8/5/2011) ana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang terpisah selama beberapa bulan ini selepas tamatnya peperiksaan SPM 2010...malam tadi ana tidur tidak nyenyak sebab terfikir semua kenangan ana dengan sahabat-sahabat ana ini…sebenarnya ana ada 2 reunion…satu reunion 5 fatonah…satu lagi reunion group study...jadi,keputusan ana adalah memilih untuk pergi reunion study group…sebab apa???sebab sahabat-sahabat study group ana ini lebih memahami diri ana…dan banyak kenangan ana dengan geng study group ini…dan akhirnya semua ahli group study ini dapat keputusan SPM yang memberangsangkan….
Selepas solat subuh,ana tolong mak ana masak di dapur…suka sangat masak!!!habis masak terus telefon liyana…eh??kenapa dia x angkat telefon??ana cuba beberapa kali…tidak boleh juga…so,ana telefon terus handphone BDK…habis cerita!setelah ana selesai urusan ana dengan liyana…ana pun siapkan diri ana secepat mungkin...hati ini berdegup kencang seperti orang yang hendak keluar jumpa kekasih pula…hehehe….
Pukul 10.45pg ana sampai di rumah sewa qurratul ain…ana pergi naik apa yer??abah ana tolong hantar ana pergi rumah sewa…ana tergelak apabila teringat pesan mak ana sewaktu ana salam dengan mak ana sebelum keluar rumah…”Hai kalau camni x leh p mesir la…x reti nak berdikari lagi…naik bas sorang2 pon takut”kata mak ana…ana tersenyum saje…betul juga kata mak ana ini,kalau sekarang ini ana tidak belajar berdikari,macam mana nanti ana nak hidup di mesir pula??hai…
Pukul 11.30pg,ana dengan liyana bertolak dari rumah sewa hendak pergi ke stesen bas...alhamdulillah,kami dapat bas terus ke shahab perdana…lega rasanya!sampai sahaja shahab…kami terjumpa 2 orang lagi geng study ana…rindu yer apabila dapat berjumpa dengan diaorang…spa dia???ghah ngan tohirah....bermacam-macam cerita…tidak larat hendak gelak lagi…lama sungguh tidak dapat merasai saat-saat detik manis begini..argh!!!!
Selepas beberapa minit sahabat-sahabat lain pun datang…sedih pula apabila dengar 3 orang geng study ana ini tidak dapat hadir…sedih sangat!!!bila lagi kita dapat berkumpul lagi???mungkin pertemuan ini adalah pertemuan terakhir kita???wallahua’lam…selepas ini semua orang bergerak mengikut hala tuju masing-masing…teruskan perjuangan di tempat lain pula…kami tetap meneruskan reunion kami walaupun 3 orang tidak dapat hadir…
Setelah semua berkumpul,sob pun mula baca doa makan…ya allah!!!ana lihat muka-muka sahabat ana semuanya senyum…..tiba-tiba ana teringat detik-detik ana bersama dengan geng study ana sepanjang persekolahan…terutama waktu program tamrin…mesti berpeluang dapat berkumpul dan dapat makan berjemaah punya..suapan pertama untuk sahabat-sahabat…habis sahaja sob baca doa…apa lagi??makan la!!!....sepanjang makan kami bersembang…semua sibuk menanyakan keputusan UPU..alhamdulillah…semua ada hala tuju masing-masing…alhamdulillah…kenyang!!
Aktiviti selepas makan adalah bergambar…bermacam-macam ragam sahabat-sahabat ana ini berposing…hihihihi….kami berposing sikit-sikit sahaja..sebab apa???sebab waktu itu ramai sangat budak lelaki….tidak silap budak-budak itu daripada sek.men.keb.dr.nazrin shah…ana sempat usha bas depa..hehehe…malu la sikit….selepas itu kami bebas hendak bersembang….kami berada di situ agak lama…kami juga sempat solat zohor di situ juga sebelum balik….
Agak-agak dalam pukul 3 lebih la…semua orang hendak balik…sedih dan pilunya hati kami…hendak menangis pun ada,tapi biasa la kena cover juga depan orang ramai…semua bersalam-salaman….minta maaf segala-galanya..minta ampun…halalkan segala makan minum….halalkan segala ilmu yang diberi selama ini….halalkan duit….minta call selalu…macam hari raya pula..hehehehe…waktu kami tengah bersalam,orang disekeliling ramai yang tengah tengok drama kami…drama perpisahan….huhuhuhh….ilaliqa’ sahabati!!!see you in jannah!!!insyaallah…
Selepas itu,ana,naim,yana ngan sob pergi tunggu bas….mal naik kereta dayah…zirah dan amin tidak tahu mereka hendak merayau di mana sementara tunggu bas balik penang…pqah pecut naik motor tanpa lessen…jhah ngan tohirah pun ana tidak tahu mereka merayau mana…nafsi-nafsi…
Alhamdulillah,ana sampai juga rumah ana…ana sampai rumah dalam pukul 4.30ptg…sedih bercampur gembira…sedih sebab terpaksa berpisah…gembira sebab dapat berkumpul…semoga allah menguatkan ukhuwah kami sehingga ke syurga amin…
Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...
p/s:khas untuk geng study group SPM’10 mmas…yana,sob,amin,ghah,tirah,zirah,pqah,dayah,amal,naim…
ukhuwah fillah Abadan abada….sayang ntum semua kerana ALLAH..^_^

Friday, May 6, 2011
Thursday, May 5, 2011
Friday, April 22, 2011
interview maktab

Tuesday, April 12, 2011
Voice Of Freedom " 25 jan " Egyptian Revolution song كليب صوت الحرية ثورة مصر
Friday, April 8, 2011
Sunday, April 3, 2011
reunion srida upsr 2005

Friday, March 25, 2011
Saidatina Khadijah Binti Khuwailid

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]. Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman. Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) . Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman. Perawat Duka, Khairul Anam Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya, “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”. Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, ”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”. Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut. ”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”. Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih. Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha. “Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]. Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah. Wanita Teladan Sepanjang Zaman Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah. ![]() Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan, “Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539] Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula? Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya. |
Wednesday, March 23, 2011
result SPM

Friday, March 11, 2011
lepas rindu!!!
Friday, February 25, 2011
Pemusnah bumi?
JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.
Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?
Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.
Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.
Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.
“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.
“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.
Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.
Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.
“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.
Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.
Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.
Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .
Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.
Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.
Laser tangkis ancaman
PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.
Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.
“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.
Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.
Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.
“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.
“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.
Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.
Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.
Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.
Wednesday, February 16, 2011
gambaran seminar nuqoba' 2011
Wednesday, February 9, 2011
~Pas yang berbagai fiqrah~
Asssalamualaikum
Sahabat!
Pas bukan diketuai oleh seorang manusia. Bukan juga seorang ulama. Malah bukan juga daripada satu aliran sahaja. Ini kerana Pas inginkan umat Islam bersatu di bawah naungannya. Salaf bersamanya, khalaf bersamanya, ahli tarekat bersamanya, selagi aqidah mereka tidak berada di luar ruang lingkup deen Islam. Ini kerana PAS ingin menjadi pengganti kepada khilafah yang hilang, menjadi wakilnya di Malaysia. Khilafah yang bukan ditumbangkan oleh salaf, atau khalaf, atau tarekat, sebaliknya sekularisme dan penentang Allah dan Rasul. Bukan Penentang Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Hajar.
Maka, mana mungkin satu pihak menguasai pihak yang lain secara paksa, atau menguasai PAS secara rakus setelah mendakwa cara kami sahaja benar, manhaj kami sahaja diterima Allah!!!
Persoalan dikemukakan hanya menggambarkan penulis berada jauh dari lembah di mana PAS berada. Ini persoalan orang yang jahil tentang PAS atau orang yang sikapnya gopoh menghukum. Bolehkah diterima PAS tidak menjadikan al-Quran sebagai asas perjuangan, mahupun hadis dan para ulama? Adakah penulis bersikap buruk sangka terhadap berpuluh ulama PAS di dalam Majlis Syura,Dewan Ulama Pusat, Dewan Ulama Negeri dan Urusan Ulama di setiap kawasan yang melebihi 100 jumlah kawasan? Ahhh semudah itu, membawa dalil, guna tafsiran dan fahaman sendiri, memaksa semua ulama mengikut penilaiannya, kemudian "terbuktilah PAS bercanggah dengan perjuangan Islam sebenar'!!
Penulis perlu buktikan terlebih dahulu tafsiran para ulama terhadap hadis dan ayat dikemukakan. Bukan itu sahaja, singkap semua kitab para ulama muktabar, kemudian adakan muzakarah dengan ulama PAS, kemudian kemukakanlah hujahan itu. Ini kerana, penulis cuba bermain dalil dan nas, maka tempatnya bukan di dada internet, sebaliknya di dewan muzakarah.
Seterusnya, penulis perlu sedar, PAS sebuah gerakan besar, terkandung di dalamnya pelbagai manhaj. Dalam isu menegur terhadap pemimpin yang zalim,ulama seluruh dunia dan sepanjang zaman tidak pernah berijma' dengan satu cara sahaja. Sudah tentu PAS terbuka dengan semua pandangan dan semua cara.Malah setiap ahli, pemimpin boleh mengutarakan pandangan sendiri, bilakah masanya perlu berkeras, bilakah masanya perlu berlembut, bilakah perlu disembunyikan, bilakah perlu dibongkar.
Mustahil PAS berpegang kepada satu manhaj sahaja, kerana PAS bukan perjuangkan manhaj, sebaliknya Islam itu sendiri. Jika saya tidak mengamalkan doa qunut di waktu Subuh, apakah saya boleh memaksa semua ahli cawangan saya untuk tidak berqunut? Itu kerja orang yang perjuangkan hukum fiqh mazhab Hanbali, atau pandangan Ulama Saudi, atau pandangan rajih, atau apa sahaja. Tetapi itu bukan medan PAS. PAS jarang benar mahu bertelingkah dalam perkara fiqh.
Dalam soal menegur pemimpin, selain manhaj yang pelbagai, sudah pasti indikatornya juga berbeza. Apakah ulama dalam PAS perlu menghabiskan masa mengajar isu ini? Sedangkan mereka juga sudah pasti berbeza pandangan. Ada yang setuju, dan ada yang tidak.
Penulis boleh mengambil pandangan Almarhum Guru Kami Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, tetapi bolehkah memaksa semua ulama dan ahli Pas memegang erat pandangan almarhum? Juga pandangan Guru Kami Syeikh Saleh Fauzan?Apakah siswazah yang pulang dari Timur Tengah perlu berdebat terlebih dahulu, contohnya dalam kaedah2 nasihat kepada pemimpin, barulah berjuang menegakkan Islam. Bolehkah begitu?
Isu gambar Datin Sri Rosmah, penulis perlu tahu kedudukan Harakahdaily yang menjadi lidah rasmi PAS. Bukan kerja Presiden dan Mursyidul Am atau Ketua Dewan Ulama PAS menapis semua yang disiarkan. Ia adalah di bawah tanggunjawab Ketua Pengarang. Tiada kaitan langsung dengan kedudukan PAS sebagai perjuang agama atau tidak. Lihatlah PAS seperti sebuah
Negara yang besar. Jangan lihat seperti sebuah pertubuhan amar makruf nahi mungkar di sebuah universiti yang mana lidah rasminya menggambarkan segala-galanya tentang pertubuhan tadi. Saya juga kurang bersetuju perkara itu dibesarkan.
Tetapi wajarkah ia menggambarkan PAS tidak pejuang Islam?
Di dalam Harakahdaily ada iklan penjualan ubat power, apakah PAS perjuangkan kepoweran lelaki? Cth lain, bukankah ruangan kolum lidah pengarang itu medan di mana ketua pengarang itu sendiri memainkan mindanya? Maka jangan dikaitkan PAS dengan mindanya yang seorang.
Jika inginkan pendirian PAS dalam isu agama, penulis dan semua pembaca sewajibnya merujuk kepada Dewan Ulama dan Majlis Syura PAS, bukan harakahdaily atau kenyataan drp individu pemimpin. Perkara ini perlu jelas.Sesiapa sahaja boleh menyatakan ustaz sifulan ( dalam PAS ) salah, taksub,jahat, tetapi tidak PAS. PAS ada badan tertentu yang berautoriti dalam hal ini.
Dakwaan Pemuda PAS berhujah isu khalwat tanpa dalil, itu menggambarkan satu sikap sombong dan bongkak penulis sahaja.
Jika gelaran Barua itu mahu dimuatkan dalam harakahdaily, apakah penaip atau ketua pengarang perlu bertanya kepada semua ulama PAS? Atau kepada Ketua dewan Ulama? Sudah tentu tidak. Maka apakah ia boleh dianggap sebagai sikap biadab PAS terhadap Dr Asri jika itu adalah hanya kerja seorang penaip atau seorang Ketua Pengarang? Apa yang berlaku ialah, Dr Asri pernah membuat tuduhan melulu kepada PAS keseluruhannya.
Ana pun tak setuju digunakan kalimah barua. Tetapi bukankah ia telah ditukar di dalam Harakahdaily? Mmmm lagi satu, cuba cek balik apa maksud barua.Apakah barua itu lebih teruk daripada syiah atau khawarij atau bidaah yang ditala kepada PAS?
PAS sebuah gerakan besar, bukan seperti gerakan Asriesme ( merujuk kepada tulisan Maszlee ) yang mana apa sahaja yang keluar dari mulut beliau, itulah yang dipegang oleh beliau dan pengikutnya. Maka, jika ada kenyataan keluar dari mulut seorang pemimpin PAS, itu tidak semestinya menggambarkan sikap rasmi PAS. Kuasa tertinggi PAS adalah Mukatamr Sanawi. Jika mahu perubahan besar dalam PAS, tempatnya ialah Muktamar Sanawi, bukan dada internet.
Tahlil dan Talqin bukan isu aqidah!!!, Ana setuju perkara ini dibangkitkan oleh Mufti Perlis. Tafaddhal. Tapi kalau ada ahli PAS nak bantah, menanggap ia perkara remeh, takkan kami dalam PAS nak berbantah-bantah dalam hal ini, yang mana aula, yang mana tidak. Buang masa syeikh!
Ana bersetuju dalam isu kayu kokka. Tetapi jangan cepat menuduh tanpa usul periksa. Bolehkah anda menuduh orang yang jahil ilmu hadis sebagai pendusta Nabi?
Dalam isu talqin dan tahlil, pengharamannya jelas pada pengajian dan pemahaman anda/penulis. Tetapi tidak semestinya dikongsi sama oleh orang lain. Jelas sekali penulis tidak mengkaji dengan mendalam dalam hal ini.Lihatlah pandangan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Lihat juga apakah mahal khilafnya. Apakah pula sababul khilafnya. Dalil semua pihak dll.
Dan jangan lupa, kaji juga kaedah2 usul dan fiqh yang berbeza di kalangan mazhab empat, zahiri dan ahli hadis. Anda perlu tahu, jika kaedahnya pun berbeza, apa peliknya hukum akan berbeza. Tidak mudah memaksa orang ikut apa yang anda pelajari, jika mereka juga berdalil dan berhujah.
Ana tidak bertahlil, tetapi saya tidak pernah mengatakan tahlil itu haram.Jika penulis menyatakan ianya haram, silakan. Tetapi apakah anda boleh memaksa orang lain menerima haramnya tahlil? Jika bai inah haram di sisi Imam Ahmad, apakah pengikut mazhab Syafie boleh dituduh mengamalkan benda yang haram dan berdosa besar? Kenapa Bank Islam mengamalkannya, setakat ini?
Memang benar Tuan Guru tidak mengamalkan talqin. Tetapi sikap beliau dan sikap kami tidak seperti penulis. Beza kita pada sikap menangani perkara khilaf fiqh. Tetapi kami bersatu dalam menentang bidaah dan khurafat paling besar, yang boleh merosakkan agama keseluruhannya.
Ketika kematian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru menolak untuk mentalqinkannya, tetapi beliau tidak pernah bertempik, atau berbisik, atau bangun bingkas menegur ketika seorang Tuan Guru lain mentalqinkan almarhun bekas Presiden PAS. Itulah adab yang kami belajar daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia khilaf fiqh syeikh. ( Hum rijal, wa nahnu rijal ) Kalau bab fiqh boleh bersatu, kenapa sampai sekarang masih wujud khilaf di kalangan ulama muktabar. Kaji lah dalam soal meletak kaki ketika sujud pun berlaku khilaf antara Bin baz dan Al Albani. Dalam bab muka wanita aurat atau tidak pun berlaku khilaf antara ulama salafi.
Akhirnya tolong senaraikan kesilapan PAS dalam persoalan aqidah dan syirik bagai yang didakwa. Jika ahli, ada kemungkinan. Yang tak sembahyang pun ada.
Sahabat!!
Sekali lagi saya ingatkan, jika penulis ingin melihat PAS yang sempurna,adalah teramat mustahil. Dalam keadaan akhir zaman yang Nabi sifatkan penuh dengan kerosakan, tiba-tiba PAS mendakwa semua ahlinya berjaya ditarbiah, itu kenyataan orang yang bongkak dan sombong. PAS tidak pernah mendakwa itu.
Malah, PAS adalah parti untuk sesiapa sahaja, golongan liberal boleh masuk,golongan penyanyi boleh masuk, golongan tak sembahyang boleh masuk, maka sepatutnya golongan agama semuanya bersama PAS. Anda semua menyalahkan PAS kerana tidak beradab, tidak berakhlak, manhaj yang salah, tetapi anda semua berada di luar PAS, maka berlakulah kepimpinan dikuasai oleh golongan yang tidak seperti anda, di peringkat tertentu dan tempat tertentu. Maka wajarkah PAS dibiar begitu.
Yakinlah, PAS milik semua pencinta agama. Berjuang di luar PAS bermakna anda melakukan sesuatu menyedihkan pimpinan PAS. Seringkali sahabat-sahabat salafi menyebut2 perihal pimpinan PAS yang salafi, tetapi kenapa sahabat2 tidak mahu bersama PAS? Apakah salafi pimpinan PAS tidak sama dengan salafi Asri?
Cuba lihat, salafi pun ada banyak ragam, cara dan jenis, apatah lagi jika dikira sekali yang bukan salafi. Yang semuanya ummah Muhammad saw.
Dan perlu diingatkan sekali lagi, tuduhan melulu PAS adalah syiah, sangat menyakitkan hati-hati sekelompok ahli PAS yang dah lama salafi dan masih salafi. Tuduhan melulu PAS adalah khawarij, adalah seperti menyatakan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diakui sendiri oleh Pihak salafi sebagai salafi, merupakan bapa khawarij Malaysia .
Bagi sahabat2 yang baru menerima manhaj salafi, jangan sangka salafi itu adalah semuanya seperti yang anda terima dan sangka. Tambahan pula jika anda baru menerimanya setahun dua ini, di Malaysia pula.
Jika ada yang tersalah, mohon maaf, dan harap dibetulkan.
Wallahu a'lam.








