Pages


Wednesday, February 9, 2011

~Pas yang berbagai fiqrah~


Asssalamualaikum

Sahabat!

Pas bukan diketuai oleh seorang manusia. Bukan juga seorang ulama. Malah bukan juga daripada satu aliran sahaja. Ini kerana Pas inginkan umat Islam bersatu di bawah naungannya. Salaf bersamanya, khalaf bersamanya, ahli tarekat bersamanya, selagi aqidah mereka tidak berada di luar ruang lingkup deen Islam. Ini kerana PAS ingin menjadi pengganti kepada khilafah yang hilang, menjadi wakilnya di Malaysia. Khilafah yang bukan ditumbangkan oleh salaf, atau khalaf, atau tarekat, sebaliknya sekularisme dan penentang Allah dan Rasul. Bukan Penentang Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Hajar.

Maka, mana mungkin satu pihak menguasai pihak yang lain secara paksa, atau menguasai PAS secara rakus setelah mendakwa cara kami sahaja benar, manhaj kami sahaja diterima Allah!!!

Persoalan dikemukakan hanya menggambarkan penulis berada jauh dari lembah di mana PAS berada. Ini persoalan orang yang jahil tentang PAS atau orang yang sikapnya gopoh menghukum. Bolehkah diterima PAS tidak menjadikan al-Quran sebagai asas perjuangan, mahupun hadis dan para ulama? Adakah penulis bersikap buruk sangka terhadap berpuluh ulama PAS di dalam Majlis Syura,Dewan Ulama Pusat, Dewan Ulama Negeri dan Urusan Ulama di setiap kawasan yang melebihi 100 jumlah kawasan? Ahhh semudah itu, membawa dalil, guna tafsiran dan fahaman sendiri, memaksa semua ulama mengikut penilaiannya, kemudian "terbuktilah PAS bercanggah dengan perjuangan Islam sebenar'!!

Penulis perlu buktikan terlebih dahulu tafsiran para ulama terhadap hadis dan ayat dikemukakan. Bukan itu sahaja, singkap semua kitab para ulama muktabar, kemudian adakan muzakarah dengan ulama PAS, kemudian kemukakanlah hujahan itu. Ini kerana, penulis cuba bermain dalil dan nas, maka tempatnya bukan di dada internet, sebaliknya di dewan muzakarah.

Seterusnya, penulis perlu sedar, PAS sebuah gerakan besar, terkandung di dalamnya pelbagai manhaj. Dalam isu menegur terhadap pemimpin yang zalim,ulama seluruh dunia dan sepanjang zaman tidak pernah berijma' dengan satu cara sahaja. Sudah tentu PAS terbuka dengan semua pandangan dan semua cara.Malah setiap ahli, pemimpin boleh mengutarakan pandangan sendiri, bilakah masanya perlu berkeras, bilakah masanya perlu berlembut, bilakah perlu disembunyikan, bilakah perlu dibongkar.

Mustahil PAS berpegang kepada satu manhaj sahaja, kerana PAS bukan perjuangkan manhaj, sebaliknya Islam itu sendiri. Jika saya tidak mengamalkan doa qunut di waktu Subuh, apakah saya boleh memaksa semua ahli cawangan saya untuk tidak berqunut? Itu kerja orang yang perjuangkan hukum fiqh mazhab Hanbali, atau pandangan Ulama Saudi, atau pandangan rajih, atau apa sahaja. Tetapi itu bukan medan PAS. PAS jarang benar mahu bertelingkah dalam perkara fiqh.

Dalam soal menegur pemimpin, selain manhaj yang pelbagai, sudah pasti indikatornya juga berbeza. Apakah ulama dalam PAS perlu menghabiskan masa mengajar isu ini? Sedangkan mereka juga sudah pasti berbeza pandangan. Ada yang setuju, dan ada yang tidak.

Penulis boleh mengambil pandangan Almarhum Guru Kami Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, tetapi bolehkah memaksa semua ulama dan ahli Pas memegang erat pandangan almarhum? Juga pandangan Guru Kami Syeikh Saleh Fauzan?Apakah siswazah yang pulang dari Timur Tengah perlu berdebat terlebih dahulu, contohnya dalam kaedah2 nasihat kepada pemimpin, barulah berjuang menegakkan Islam. Bolehkah begitu?

Isu gambar Datin Sri Rosmah, penulis perlu tahu kedudukan Harakahdaily yang menjadi lidah rasmi PAS. Bukan kerja Presiden dan Mursyidul Am atau Ketua Dewan Ulama PAS menapis semua yang disiarkan. Ia adalah di bawah tanggunjawab Ketua Pengarang. Tiada kaitan langsung dengan kedudukan PAS sebagai perjuang agama atau tidak. Lihatlah PAS seperti sebuah

Negara yang besar. Jangan lihat seperti sebuah pertubuhan amar makruf nahi mungkar di sebuah universiti yang mana lidah rasminya menggambarkan segala-galanya tentang pertubuhan tadi. Saya juga kurang bersetuju perkara itu dibesarkan.

Tetapi wajarkah ia menggambarkan PAS tidak pejuang Islam?

Di dalam Harakahdaily ada iklan penjualan ubat power, apakah PAS perjuangkan kepoweran lelaki? Cth lain, bukankah ruangan kolum lidah pengarang itu medan di mana ketua pengarang itu sendiri memainkan mindanya? Maka jangan dikaitkan PAS dengan mindanya yang seorang.

Jika inginkan pendirian PAS dalam isu agama, penulis dan semua pembaca sewajibnya merujuk kepada Dewan Ulama dan Majlis Syura PAS, bukan harakahdaily atau kenyataan drp individu pemimpin. Perkara ini perlu jelas.Sesiapa sahaja boleh menyatakan ustaz sifulan ( dalam PAS ) salah, taksub,jahat, tetapi tidak PAS. PAS ada badan tertentu yang berautoriti dalam hal ini.

Dakwaan Pemuda PAS berhujah isu khalwat tanpa dalil, itu menggambarkan satu sikap sombong dan bongkak penulis sahaja.

Jika gelaran Barua itu mahu dimuatkan dalam harakahdaily, apakah penaip atau ketua pengarang perlu bertanya kepada semua ulama PAS? Atau kepada Ketua dewan Ulama? Sudah tentu tidak. Maka apakah ia boleh dianggap sebagai sikap biadab PAS terhadap Dr Asri jika itu adalah hanya kerja seorang penaip atau seorang Ketua Pengarang? Apa yang berlaku ialah, Dr Asri pernah membuat tuduhan melulu kepada PAS keseluruhannya.

Ana pun tak setuju digunakan kalimah barua. Tetapi bukankah ia telah ditukar di dalam Harakahdaily? Mmmm lagi satu, cuba cek balik apa maksud barua.Apakah barua itu lebih teruk daripada syiah atau khawarij atau bidaah yang ditala kepada PAS?

PAS sebuah gerakan besar, bukan seperti gerakan Asriesme ( merujuk kepada tulisan Maszlee ) yang mana apa sahaja yang keluar dari mulut beliau, itulah yang dipegang oleh beliau dan pengikutnya. Maka, jika ada kenyataan keluar dari mulut seorang pemimpin PAS, itu tidak semestinya menggambarkan sikap rasmi PAS. Kuasa tertinggi PAS adalah Mukatamr Sanawi. Jika mahu perubahan besar dalam PAS, tempatnya ialah Muktamar Sanawi, bukan dada internet.

Tahlil dan Talqin bukan isu aqidah!!!, Ana setuju perkara ini dibangkitkan oleh Mufti Perlis. Tafaddhal. Tapi kalau ada ahli PAS nak bantah, menanggap ia perkara remeh, takkan kami dalam PAS nak berbantah-bantah dalam hal ini, yang mana aula, yang mana tidak. Buang masa syeikh!

Ana bersetuju dalam isu kayu kokka. Tetapi jangan cepat menuduh tanpa usul periksa. Bolehkah anda menuduh orang yang jahil ilmu hadis sebagai pendusta Nabi?

Dalam isu talqin dan tahlil, pengharamannya jelas pada pengajian dan pemahaman anda/penulis. Tetapi tidak semestinya dikongsi sama oleh orang lain. Jelas sekali penulis tidak mengkaji dengan mendalam dalam hal ini.Lihatlah pandangan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Lihat juga apakah mahal khilafnya. Apakah pula sababul khilafnya. Dalil semua pihak dll.

Dan jangan lupa, kaji juga kaedah2 usul dan fiqh yang berbeza di kalangan mazhab empat, zahiri dan ahli hadis. Anda perlu tahu, jika kaedahnya pun berbeza, apa peliknya hukum akan berbeza. Tidak mudah memaksa orang ikut apa yang anda pelajari, jika mereka juga berdalil dan berhujah.

Ana tidak bertahlil, tetapi saya tidak pernah mengatakan tahlil itu haram.Jika penulis menyatakan ianya haram, silakan. Tetapi apakah anda boleh memaksa orang lain menerima haramnya tahlil? Jika bai inah haram di sisi Imam Ahmad, apakah pengikut mazhab Syafie boleh dituduh mengamalkan benda yang haram dan berdosa besar? Kenapa Bank Islam mengamalkannya, setakat ini?

Memang benar Tuan Guru tidak mengamalkan talqin. Tetapi sikap beliau dan sikap kami tidak seperti penulis. Beza kita pada sikap menangani perkara khilaf fiqh. Tetapi kami bersatu dalam menentang bidaah dan khurafat paling besar, yang boleh merosakkan agama keseluruhannya.

Ketika kematian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru menolak untuk mentalqinkannya, tetapi beliau tidak pernah bertempik, atau berbisik, atau bangun bingkas menegur ketika seorang Tuan Guru lain mentalqinkan almarhun bekas Presiden PAS. Itulah adab yang kami belajar daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia khilaf fiqh syeikh. ( Hum rijal, wa nahnu rijal ) Kalau bab fiqh boleh bersatu, kenapa sampai sekarang masih wujud khilaf di kalangan ulama muktabar. Kaji lah dalam soal meletak kaki ketika sujud pun berlaku khilaf antara Bin baz dan Al Albani. Dalam bab muka wanita aurat atau tidak pun berlaku khilaf antara ulama salafi.

Akhirnya tolong senaraikan kesilapan PAS dalam persoalan aqidah dan syirik bagai yang didakwa. Jika ahli, ada kemungkinan. Yang tak sembahyang pun ada.

Sahabat!!

Sekali lagi saya ingatkan, jika penulis ingin melihat PAS yang sempurna,adalah teramat mustahil. Dalam keadaan akhir zaman yang Nabi sifatkan penuh dengan kerosakan, tiba-tiba PAS mendakwa semua ahlinya berjaya ditarbiah, itu kenyataan orang yang bongkak dan sombong. PAS tidak pernah mendakwa itu.

Malah, PAS adalah parti untuk sesiapa sahaja, golongan liberal boleh masuk,golongan penyanyi boleh masuk, golongan tak sembahyang boleh masuk, maka sepatutnya golongan agama semuanya bersama PAS. Anda semua menyalahkan PAS kerana tidak beradab, tidak berakhlak, manhaj yang salah, tetapi anda semua berada di luar PAS, maka berlakulah kepimpinan dikuasai oleh golongan yang tidak seperti anda, di peringkat tertentu dan tempat tertentu. Maka wajarkah PAS dibiar begitu.

Yakinlah, PAS milik semua pencinta agama. Berjuang di luar PAS bermakna anda melakukan sesuatu menyedihkan pimpinan PAS. Seringkali sahabat-sahabat salafi menyebut2 perihal pimpinan PAS yang salafi, tetapi kenapa sahabat2 tidak mahu bersama PAS? Apakah salafi pimpinan PAS tidak sama dengan salafi Asri?

Cuba lihat, salafi pun ada banyak ragam, cara dan jenis, apatah lagi jika dikira sekali yang bukan salafi. Yang semuanya ummah Muhammad saw.

Dan perlu diingatkan sekali lagi, tuduhan melulu PAS adalah syiah, sangat menyakitkan hati-hati sekelompok ahli PAS yang dah lama salafi dan masih salafi. Tuduhan melulu PAS adalah khawarij, adalah seperti menyatakan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diakui sendiri oleh Pihak salafi sebagai salafi, merupakan bapa khawarij Malaysia .

Bagi sahabat2 yang baru menerima manhaj salafi, jangan sangka salafi itu adalah semuanya seperti yang anda terima dan sangka. Tambahan pula jika anda baru menerimanya setahun dua ini, di Malaysia pula.

Jika ada yang tersalah, mohon maaf, dan harap dibetulkan.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment