Pages


Thursday, October 13, 2011

Ikhlas Dalam Kehidupan

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)

Allah S.W.T berfirman :
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)

Allahuakbar!
Saya cukup takut apabila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS, di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa-apa yang telah saya lakukan.
'Ikhlas ke aku buat tadi?'
Jika tidak, pasti saya akan dapat merasakan hati tidak tenang, lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan ialah Astagfirullahal'azhim!

Dan kita perlu sedar, segala apa yang kita lakukan, itu adalah kehendak dari-Nya jua, bukan sebab bagusnya kita! Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba antaranya :
"Ya Allah, aku mampu beribadah dengan kehendak-Mu jua ya Allah, siapalah aku jika tanpa-Mu ya Allah, Dikaulah tempatku bergantung, Dikaulah tempat ku berlindung!"

Keikhlasan yang bersungguh-sungguh, tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan.
Allahuakbar!

Susahkan? Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.
Teringat saya, slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3, ustaz ada menyatakan bahawa, Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riak.
Contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid, tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid, sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi, Insya-Allah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.
Kalau kita dahulu pun, jika solat perlu tunggu mak abah suruh dahulu baru hendak solat.
Solat kerana apa?

Kerana arahan ibu bapa, tetapi Alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu bapa di depan mata kita.
Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan:
'Eh, tak naklah derma, takut tak ikhlas.'

Memang terdapat manusia seperti ini. Jangan sampai macam tu pula pemikirannya, yang penting kita usaha ke arah ikhlas, ia memang bukan mudah, tetapi Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hamba-Nya.
Sedar tidak kita, bahawa jika kita tidak ikhlas, kita telah mensyirikkan Allah.
Nauzubillah!
Mana tidaknya, kita buat sesuatu sebab lain, sebab orang, sebab mahukan habuan dan sebagainya.
Allah! Takutnya.
"Ya Allah, mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untuk-Mu, hanya kerana-Mu, bukan sebab makhluk dan ciptaan-Mu ya Allah!"

Allah berfirman:
"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya! (Al-Kahfi : 110)

Kita memberi bukan untuk menerima menabur budi bukan untuk dianggap berjasa tulus, Putih dan murni hati kita memberi adalah kerana-Nya jua.
Tidak mengapa jika tidak dikenang asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan bukan kerana kelebihan kita.
Dalam samar mainan rasa, kekadang datang jua serpihan bangga,
Mengharap adanya balasan mendamba hadirnya kemasyhuran.
Bukan itu yang diburu sejak mula ditagih kasih rasa di depan-Mu,
Apabila terasa segalanya dari-Mu, rebahlah segala daripadaku yang hina.
TUHAN...
Dunia ini tidak panjang,
Tahun terasa detik di putaran usia,
Mengharap yang abadi,
Akan lenyap segala ilusi,
Bantulah aku dalam memahami rahsia itu.
(Di Mana DIA di hatiku, ustaz Pahrol)

Yaakub Maktuf berkata :
"Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya."



Sunday, August 28, 2011

Eid Aidilfitri

berhati-hati di jalan raya...SeLaMaT hArI rAyA...mAaF zAhIr DaN bAtIn....

Sempurnakah Ramadhan Kita?

Dalam kesibukkan kita untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan ditambah dengan saki baki Ramadhan yang masih tinggal tidak kurang beberapa hari lagi, adakah pernah terdetik di hati kita untuk bertanya sama ada Ramadhan yang telah kita lalui pada tahun ini telah benar-benar mendidik jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang.




Pernahkah kita tertanya apakah Ramadhan kita telah diterima dan segala dosa-dosa kita telah diampun oleh Allah s.w.t. Dalam pada itu apakah saudaraku sekalian masih mengingati tiga doa yang diaminkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah didoakan oleh Jibrail A.S.



Ketika Nabi S.A.W menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut. Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :



"Nabi S.A.W menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?" Baginda S.A.W menjawab: "Jibril A.S datang kepadaku, dan berkata: "Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin," Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut "amin".



Jibril berkata lagi: "Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin." Lalu aku pun berkata: "Amin".


Berkata Jibril lagi: "Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin." Lalu aku pun menyebut: "Amin."




Salah satu doa yang diaminkan ialah berkenaan sesiapa yang tidak merebut peluang untuk mendapat keampunan Allah S.W.T pada bulan Ramadhan maka dia antara orang yang akan rugi kerana akan dimasukkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.



Apakah kita di antara golongan manusia yang telah diberikan peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini termasuk di dalam doa yang diaminkan oleh baginda S.A.W.



Oleh itu saudaraku sekalian ingatlah doa yang telah diaminkan oleh Rasullulah s.a.w. ini dan rebutlah peluang yang masih berbaki, tidak berapa hari ini untuk mencari keampunan Allah S.W.T. Raya, raya juga, tapi jangan lupa untuk mencari peluang yang masih tinggal. Takut-takut inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.



- Artikel iluvislam.com





Jiwa Terasa Kosong?

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)




Duhai insan,

Jiwamu terasa kosong?

Perlu peneman,

Kekasih hati yang prihatin,

Pengisi jiwa ragamu itu.

Tapi tahukah kamu,

Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.

Sering pula ia mengecewakan,

Selagi dia belum halal untukmu,

Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.

Kamu dan dia belum ada ikatan,

Itu hakikat!

Meletakkan harapan...

Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,

Kerana semuanya, masih tiada kepastian.



Hatimu kosong?

Isikanlah hatimu itu,

Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,

Berimanlah.

Yakinilah.

Bahawa Dia itu sentiasa dekat,

Amat-amat dekat,

Amat amat amat dekat.



Dia tahu kamu sedang berduka,

Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,

Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,

Dirimu itu milik-Nya,

Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.



Isi hatimu...

Dengan cinta-Nya,

Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.

Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.

Sungguh,

Ia dapat menenangkan jiwa,

Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya


Yakinlah,

Dia punyai aturan untukmu,

Dan pastinya ia yang terbaik!

Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...



Duhai insan,

Isi hati kecilmu itu...

Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!



- Artikel iluvislam.com



Sunday, July 17, 2011

My feeling~

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh pembaca blog saya ini.Sekarang ini saya menuntut di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,Mengkuang,Pulau Pinang.Opsyen saya di sini ialah Opsyen Bahasa Arab Pendidikan Rendah(sk).Oleh itu,saya tidak boleh lari daripada mempelajari subjek Bahasa Arab.Hmm...cakap formal la pulak...sahaja hendak mempraktis diri ini menggunakan bahasa baku.

Hampir seminggu saya belajar di IPG ini,mula-mula saya menjejak kaki di sini,saya agak terkejut dengan suasananya yang sangat berbeza dengan keadaan di maahad dan di Universiti Malaya,Nilam Puri.Saya agak takut pada mulanya mana tidaknya sebelum ini saya tidak pernah bercampur dengan orang bukan islam.Kedua-dua jiran saya ini ialah orang bukan islam.Jadi,saya tidak dapat mengelak daripada berkawan dengan mereka.Saya ingat lagi waktu pendaftaran,ada budak India ini hendak duduk sekali dengan bilik saya.Saya apa lagi terkejut la,tapi waktu itu saya senyum sahaja...bukan apa waktu itu hanya saya seorang sahaja orang islam dan tiga orang lagi bukan islam.Saya tidak mahu membuat keputusan secara meluru kerana tidak mahu orang bukan islam bersangka buruk terhadap orang islam pula nanti...mungkin ALLAH meletakkan saya berjiran dengan orang bukan islam ini untuk memberi peluang kepada saya untuk berdakwah..mungkin je la...

Jadual di IPG ini agak padat,jadi setiap hari berasa letih sangat.Mana tidaknya sudah la kelas dengan asrama penginapan jauh sangat.Dari asrama ke kelas kena turun bukit dulu.Kalau dari kelas hendak ke asrama kena naik bukit dahulu.Dah la ana dapat bilik di tingkat atas sekali,tingkat 4 pula tu...lama kelamaan saya rasa berat badan saya akan turun la...hihihih...ingat lagi waktu parents saya datang hendak ambil saya pulang ke kedah tu...mak saya terkejut tengok saya..mak saya kata"ya allah,angah makin kurus la..."..saya senyum je..mana tidaknya makan nasi sekali sehari je...bilik penginapan terletak di tingkat atas sekali pula tu...sudah nasib badan la dapat bilik di tingkat atas sekali.

Di sini,kantin dan kafe tutup hari sabtu dan ahad...setiap hujung minggu kami semua terpaksa mencari sumber makanan untuk terus hidup.Kesian sangat...kalau hendak keluar outing mesti kena fikir banyak kali..mana tidaknya kawasan yang kami duduk ni kawasan kampung...mana ada barang-barang keperluan yang kami mahu..jadi terpaksala sewa kereta senior untuk keluar ke pekan...dah la pekan paling dekat pun dekat bukit mertajam..agak jauh dari tempat kami..hendak buat macam mana..pekan itu je yang paling dekat..sabar je la...sabar kan separuh daripada iman...^_^

Hmm...sebenarnya banyak cerita yang saya mahu kongsi dengan para pembaca...pengalaman saya dalam meniti usia remaja untuk diberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca..pengalaman memang betul2 mendewasakan pemikiran kita semua...sekarang ini saya ada assignment yang perlu diselesaikan..ok!!...maafkan segala kesalahan saya dan kata2 saya...wassalam...

Thursday, July 7, 2011

IPG Tuanku Bainun,Pulau Pinang

Alhamdulillah,ana ucapkan...setinggi pujian kepada yang selayaknya...begitu banyak nikmat yang engkau telah berikan kepada aku...sehingga aku merasakan aku tidak layak untuk mengecapinya...ya ALLAH!aku amat takut dengan segala nikmat yang engkau berikan kepada aku secara bertubi-tubi ini sehingga boleh membuat diriku lupa akn engkau YA ALLAH!!!semoga aku menjadi hamba yang bersyukur di ats segala nikmat yang engkau telah berikan...

Aku ingat lagi awal2 tahun ini,begitu banyak ujian yang telah aku lalui...begitu perit sangat...apa yang aku inginkan kebayakkan tidak dapat aku kecapi...pada waktu itu,aku muhasabah balik diri aku...siapa aku sebenarnya nak memakbulkan semua permintaan ku???masyaallah...

6 bulan ana smbung mengaji STAM di Maktab Mahmud Alor Setar...slps tu pd 19/6/2011 ana mendaftarkan diri di Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan...bermacam2 aktiviti telah ana ikuti di sini...APIUM  is the best place for islamic studies!!...tiba2 semalam parents bagi tau kat ana yang ana dapat IPG...mula2 x percaya gak...tp,setelah ana check sendiri...YA ALLAH!!! aku dapat rupanya...alhamdulillah...doa ana dengan parents ana termakbul gak...

3 minggu sahaja ana tinggal di APIUM,tp,ana merasakan bagaikan setahun di sini...student2 di sini semua ramah2...padan la budak pengajian islam...akhlak mesti jaga punya...

Pagi tadi ada kelas Ustaz Khairul Akhbar subjek Nahu..best!!!tp,ia merupakan kelas terakhir ana di APIUM..sobb3...ana x sempat maklum kepada seluruh ahli majmuah ana...yang pasti semua muslimat majmuah ana tau yang ana nak balik esok...cuma muslimin majmuah ana tidak tahu lagi...so,ana ambil inisiatif sendiri dengan post dalam group majmuah satu dalam FB...kn mudah!...ana minta sejuta kemaafan daripada semua ahli majmuah..ana tau ana ni nakal sikit waktu mengaji dala kelas...

Malam ni ada program Minggu Haluan Siswa bagi pelajar second and third intake....so,ana rasa ana nk join la...bukan apa..selama ini ana x pernah join mana2 orientasi lagi...sek. men ana x sempat orientasi da...esok pagi mak ayah datang nak ambik ana...huhuhu...sedihnya nak tinggal APIUM....salam rindu dan salam perjuangan ana kepada semua sahabat2 ana di APIUM...

Saturday, July 2, 2011

Hari terbuka Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelanta

Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi dengan kurniaan nikmat iman Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan(APIUM) sekali lagi berjaya menyempurnakan program Hari Terbuka Universiti Malaya buat julung-julung kalinya...setelah sekian lama,para pensyarah dan kakitangan UM bertungkus-lumus memerah tenaga untuk membuat satu program khas bagi para siswa dan siswinya yang tercinta...syukran jazilan...

Banyak program telah dirancang bagi memeriahkan lagi program ini,antaranya,Debat Kepenggunaan Bahasa Melayu,Debat Bahasa Arab,aktiviti RUKNU,ceramah Anti-Dadah,Festival Nasyid dan banyak lagi...Pokonya the best la...

Ana dengan rakan sebilik ana(Sakinah dan Anis Sofina) telah ditaklifkan untuk memegang amanah sebagai Delegasi Debat Kepenggunaan Bahasa Melayu...pertandingan debat ini hanya pada hari khamis sahaja...so,pagi khamis itu kami berkumpul di meja pendaftaran pada pukul 8 pagi...sebenarnya bukan kami bertiga sahaja...delegasi debat ada 8 orang...6 muslimat dan 2 muslimin...muslimat(ana,sakinah,anis sofina,naimah,rabiatul adawiyah dan izzati) manakala muslimin(ammar ngan rahimi kot)...tugas delegasi ini,antaranya menyambut kedatangan pelajar di pagar depan(hhaha...lawak2..pagi kena jadi pak guard UM plak...dah la pkai smart tp jga kat pintu pagar),bawa pelajar yang kita dapat tu pergi makan,yang pasti ke mna pelajar tu nak pergi kita kna ada sekali...wktu debat tugas kmi adalah...cmni la..klau adk2 yg kita pegang tu dpt kerajaan,kita kna jdi YDP...tp,kalau adk2 dpt pmbngkng,kita kna jadi penjaga masa...best sangat2....adk2 smua hebat2 belaka...semua peserta adalah bdk2 sekolah menengah ja...so,x lah malu sangat..huhuhu....

Ana dapat sekolah SMKA Naim Lilbanat..alhamdulillah smua perempuan...so,lagi peramah la ana nie...hehehe...nk dijadikan cerita...rupa2nya adk2 yg ana pegang ni org pndai debat...dan mereka berjaya sampai ke peringkat akhir...peringkat akhir di buat di Dewan Johor...ana apa lagi malu sangat2...sebab apa??sebab ana kena naik sekali ke atas pentas tu...huhuh..first time naik pentas APIUM...

Di sini muamalat muslimin dan muslimat terbuka sikit tapi masih terjaga adab2 pergaulan...kalau di maahad bdk laki ana panggil muslimin atau ustaz dan bdk perempuan pggil muslimat atau ustazah...tp,di sini bdk laki panggil ikhwah dan bdk perempuan pggil akhawat..kekok ana nk guna..hahaha..nk dijadikan cerita..wktu ana bawa adk2 jagaan ana pergi makan di kantin ikhwah...kak khadijah telefon ana..kak khadijah tanya ana sapa yang pegang sekolah SMK Zainab??...x silap ana sekolah tu ikhwah yang pegang...so,kak khadijah suruh ana bg handphone ana kpd ikhwah itu...wktu tu ikhwah tu tgh sedap2 mkn je...kbtln wktu tu ana duduk betul2 dpn meja dia makan...x pa la..ana panggil la dia...ustaz...ustaz...ustaz...(x da reaksi),muslimin...muslimin..muslimin...(x da reaksi gak..wktu tu ana hot2 sgt kat ikhwah ni)last skali ana pggil dia ikhwah...ikhwah...dia tgk ana...dia kata knapa??...wktu tu ana sabar je la..hanya tuhan yang tahu...khusyuk gila dia makn smpai ana dok dpn dia dan panggil dia pun dia x dengar...lps tu,ana bg la handphone ana kat dia dan dia biar dia settel sndiri msalah dia...mls nk ambil tau..hot2!!!

Tapi,kat sini kalau nk buat kerja dengan muslimin x boleh nak malu2 dah la..bkn mcm maahad dulu...skrg ni spa malu dia akn kna tinggal...so,smua kna berani nk urusn dgn ikhwah..sama ada dri segi mesej or call handphone or b'jumpa smua kna serius...alhamdulillah ana bukan jenis orang yang gedik2 sangat nk urusan ngan ikhwah..ana serius ckit walaupun buat kerja dgn senior...huhuh...ada patut kol 1 pagi lebih dia call ana...nasib baik ana x tido lagi...kalau x pdn muka dia...da ursn kerja la..jgn salah fhm...

Ana bukan sahaja ditaklifkan untuk jadi Delegasi Bahasa Melayu sahaja...tp,ana juga ditaklifkan sebagai AJK Teknikal dan Persiapan bagi Debat Bahasa Arab..walaupun kerja ini x banyak...amanah tetap dijalankan..

Waktu ana n bdk2 sebilik ana free,kami pergi ronda2 gerai..best sangat...ana sempat beli buku Syarah Hadis 40,key chain kat adk2 ana n ana sekali la dan ana turut beli mafla Palestin..semangat Palestin la plak beli singgah satu gerai ni penuh dgn gmbr ulama' dan kisah2 Palestin...JIHAD!!!...

Ok la...ana dah mengatuk dah ni...sok da kelas plak..ahad dan isnin kelas padat sangat bagi majmuah 1...huhuh..Akhir kalam,semoga ALLAH terima segala perbuatan kami dan semoga ukhuwah kami berkekalan sehingga ke akhirat..amin...


(sakinah,anis sofina,ana)
roomate

Johan Debat
(MRSM Pengkalan Chepa)

sesi sidang debat

para delegasi akhwat

Disediakan oleh srikandisolehah93,11.17p.m,hari sabtu...

Friday, July 1, 2011

Penawaran Kursus Asasi Syariah

Assalamualaikum,kaifahalukum???..ana alhamdulillah bi khair...pertama2 kali ana minta maaf sebab ana tidak sempat update blog ana...sibuk sikit kebelakangan ini...sibuk dengan kelas2 di APIUM ni.Atas permintaan seorang hamba ALLAH ini yang ingin mengetahui pelajaran semesta Asasi Syariah ana,so,dengan ini ana akan sertakan...ini antara pelajaran2 yang ana mengaji sepanjang ana berada di Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan selama 4 sem...

Sem 1:
    *Al-Sirah Al-Nabawiyah
    *Usus Al-Aqidah
    *Kemahiran Al-Quran 1
    *Bahasa Arab 1
    *Bahasa Inggeris 1

Sem 2:
     #Ulum Al-Quran
     #Asas Komputer
     #Kemahiran Al-Quran 2
     #Matematik 1
     #Bahasa Arab 2
     #Bahasa Inggeris 2

Sem 3:
      ~Pendidikan Kewarganegaraan
      ~Matematik 2
      ~Praktikal Ibadat 1
      ~Kemahiran Hadith 1
      ~Bahasa Arab 3
      ~Bahasa Inggeris 3

Sem 4:
      >Ulum Al-Hadith
      >Al-Tasawur Al-Islami
      >Ko-Kurikulum
      >Praktikal Ibadat 2
      >Kemahiran Hadith 2
      >Bahasa Arab 4

Untuk pengetahuan antum semua,semua subjek yang ana mengaji di atas bukan sahaja Asasi Syariah sahaja...bahkan Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Usuluddin juga mengaji benda yang sama...selama kami mengaji di APIUM...kami akan mengaji benda yang sama...kami akan berpisah mengikut bidang masing2 dan mengaji core subjek apabila berada di Universiti Malaya,Kuala Lupur...di APIUM kami hanya buat Asasi sahaja bukan buat Ijazah lagi...doakan semoga ana dan semua pelajar sem 1 di APIUM berjaya menghabiskan sem dengan sempurna...insyaallah...amin...