Pages


Saturday, April 7, 2012

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.




Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

 
Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

***********************************************************************************

Kepada calon suamiku,
Hanya ini sahaja yang mampu saya ungkapkan...saya tahu kau lah yang terbaik untuk ku...engkaulah imam ku..engkau lah segala2nya bagi ku setelah sah nanti...xp'lu la engkau bertanyakan sebab...hal demikian kerana istikharah telah memberi jawapan bagi semua p'soalan yang engkau telah timbul...saya yakin dengan istikharah yang telah saya lakukan...dan jawapannya adalah KAMU....

muhasabah diri

Ya ALLAH,hari ini aku ingin meluahkan isi hati ku yang telah lama bersarang kerana disebabkan keangkuhan dan keegoanku yang semakin melampau,aku tidak menyembah dan sujud terhadapmu ketika waktu malam….
Kenapa malam ni ku rasakan diri ni begitu kerdil….begitu hina di hadapanmu…ku xlayak nk meminta kpdmu…tp,apa kn daya ku hanya hamba yang paling kotor dan paling jijik di sisimu….akhirnya ku rebah juga…akhirnya ku sujud kembali menghadapmu…aku lemah…aku lemah…ya ALLAH!!!...aku xkuat lgi nk harungi cubaan mu….aku semakin lemah….
Siapa sangka….aku yang Nampak gagah di luaran…aku nampk tenang bila b’ucp….aku pndai b’kata2….tetapi tidak da seorang pun yg tahu hati ku…hati ku xkuat sebenarnya….hatiku semakin jauh dengan ALLAH….hatiku telah rosak…ALLAH!!!

 muhasabah diri

Sekarang ini,aku sedang menanti….siapakah yang akan bantu membimbing aku…siapakah yang sanggup tolong aku yang hina ni….lemah…aku lemah…aku memerlukan seseorang yang boleh aku b’paut …..namun…kini ku personal kembali…siapa la nk bantu aku ni…waallahua’lam


Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?



Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?











Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.



rakan2 kelas ARABIC AL-FATEH

Friday, January 6, 2012

Lama x update blog ana

Assalamualaikum,kaifahalukum kepada semua pembaca blog ini......

Lama sungguh ana tidak update blog ana ini....ntah berapa bulan dah ana tidak update blog ana.....sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ana....baik manis atau pahit....semua ana jadikan kenangan dan pengajaran dalam hidup ana dalam mendewasakan ana....sedar atau tidak  usia ana semakin meningkat namun,adakah amalan ana turut meningkat??waallahua'lam...ana harap dengan peningkatan usia ana ini,amalan ana juga turut bertambah....insyaallah...amin....

Ana ingin berkongsi pengalaman hidup ana atau perkara-perkara yang ana lalui sepanjang cuti sem ana sebagai seorang pra-guru pelatih ipg kampus tuanku bainun,bukit mertajam,pulau pinang....habis sahaja exam ana hari jumaat,ana terus balik rumah....kalau diikutkan ana dikehendaki balik lewat sedikit sebab ana dikehendaki satu perjumpaan....ana terpaksa balik awal untuk buat persediaan diri untuk pergi kem bina insan yang berlangsung pada keesokan hari(sabtu)....ana telah ditugaskan untuk bertugas sebagai urus setia kem bina insan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum(SRIDU)...kem ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan KEDAH DARUL AMAN yang dipimpin oleh PAKATAN RAKYAT yang peka akan keadaan dan kehendak remaja muslim pada masa kini...Kem Bina Insan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam....banyak pengalaman baru yang ana dapat...secara tidak langsung ana dapat mematangkan diri....bayangkan dengan usia ana 18 tahun dengan umur para peserta yang beza hanya 1 tahun dengan ana....ana rasa segan dengan para peserta yang memanggil ana sebagai "kak" dan mereka agak ramah dengan ana...ana tidak kisah sangat dengan peserta muslimat,ana hanya segan dengan peserta muslimin yang beramah mesra dengan ana....alhamdulillah,adik2 peserta muslimin ingat umur ana ini mencecah 20-an....

Habis sahaja KBI,sambung pula dengan Kem Anak Soleh(KAS)....ana telah ditempatkan di SRIDU juga...sahaja ana memilih SRIDU sebab berhampiran dengan rumah ana...mula-mula ana ditempatkan di langkawi...tapi,ana x mahu sebab susah balik dekat ana...KAS pula ana telah ditugaskan sebagai FASILITATOR...secara tidak langsung ana terpaksa berperwatakan seperti kanak-kanak....sebab pa??sebab....peserta KAS ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah....hasil daripada KAS itu,ana dapat simpulkan bahawa kanak2 sekolah rendah ini perlu diterapkan nilai2 murni yang berlandaskan syariat ISLAM...ana dapati adik-adik kumpulan ana ada yang tidak pandai nak solat,tidak tahu bacaan solat,tidak tahu hukum hakam ISLAM...ana pun hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku???adakah para guru di sekolah mereka tidak mengajar kepada mereka tentang hal ehwal ISLAM???atau adakah ibu bapa mereka sendiri yang tidak ambil endah tentang pembelajaran agama kepada anak-anak mereka???kesian ana tengok adik-adik kumpulan ana....alhamdulillah,ALLAH telah mengurniakan ana sepasang ibu bapa yang mementingkan ilmu agama kepada anak-anak mereka....so,apa yang ana dapat simpulkan...sekarang ini sudah dijadikan tanggungjawab ana dan sahabat2 ana yang mengambil kos perguruan khususnya untuk mengembangkan kembali syiar ISLAM....Ilmu tanpa amal boleh jadi gila....

Selepas itu,habis KAS ana hanya mampu berehat selama seminggu sebelum ana mengikuti pengajian kitab selama 2 minggu di DARUL HADIS,KEDAH...anjuran PAKSI...sepanjang pengajian itu kami dikehendaki menetap di asrama darul hadis di akar peluru...pengajian kitab berlangsung di masjid akar peluru,kedah....banyak ilmu yang ana dapat daripada pengajian kitab tersebut....sepanjang pengajian kami di sana,pihak PAKSI telah menanggung semua perbelanjaan kami....santai ja pengajian kami...walaupun ana pergi ke pengajian itu sebagai urus setia program..ana tetap mencari peluang untuk memasuki pengajian tersebut...Liyana Afrina,Nur Syafiqah,Amal Nabila,Nur Sabirah,Nur Nadzirah,Nurul Hidayah..banyak kenangan kita bersama dalam mengurus pengajian kitab ini....terlalu banyak kenangan yang tidak mampu ana lupakan..antaranya ana naik kereta dengan sabirah....dalam kereta itu banyak sangat perkara yang berlaku.....rindu sahabat2...selepas ini korang semua akan bergerak mengikut hala tuju masing2....mungkin korang semua akan bersama dengan menyambung pengajian di jordan or mesir....ana tidak dapat mengikuti korang semua lagi....huhuh...ana doakan semoga ukhuwah kita mantap...amin....

Sekarang ini ana sudah memasuki semula ke IPG Kampus Tuanku Bainun sebagai pelajar sem 2 PPISMP BA/PI/PA....wah!!!....x sangka umur ana semakin meningkat....x lama lagi umur ana akan memasuki 19 tahun....semoga dengan peningkatan umur ini,amal ibadat ana turut bertambah....dah la...ana x larat nak menaip...insyaallah...ana akan cuba selalu update blog ini kalau ana x banyak assignment la...kat IPG ini banyak assignment kena buat....k...see you...Wassalam

 
                                                  (rindu kat UM,Nilam Puri)