Pages


Wednesday, June 9, 2010

Kenali 15 Superfoods dalam Al-Quran


BAB 1: KURMA

Pengenalan

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara
kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib
ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix
dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu
banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma
sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat
25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati
daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan
Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin
dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada
buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya
Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata
tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan
proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat
digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a.
yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma
antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi,
maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:
no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah,
manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil
tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma
ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan
vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah
kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain
itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid
amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan" .

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

KANDUNGAN BUKU

Sekapur sirih

Pendahuluan

Bab 1 : Kurma

Pengenalan

1.1 Kandungan nutrien dalam kurma

1.2 Khasiat kurma
1.2.1 Mengelakkan penyakit
1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik
1.2.3 Memudahkan proses bersalin
1.2.4 Memudahkan proses pencernaan
1.2.5 Menenangkan perasaan
1.2.6 Memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

1.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan kurma

1.4 Petua dan larangan penggunaan kurma

Bab 2 : Madu

Pengenalan

2.1 Kandungan nutrien dalam madu

2.2 Khasiat madu
2.2.1 Pemangkin kesihatan dan agen penyembuhan yang berkesan
2.2.2 Memacu kecerdasan otak
2.2.3 Antioksidan (bahan antipenuaan)
2.2.4 Bahan antibakterial (melawan serangan bakteria)

2.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan madu

2.4 Petua dan larangan penggunaan madu

Bab 3: Bawang Putih

Pengenalan

3.1 Kandungan nutrien dalam bawang putih

3.2 Khasiat bawang putih
3.2.1 Sebagai bahan antikuman
3.2.2 Penyembuh penyakit kronik
3.2.3 Mempercepat pertumbuhan sel
3.2.4 Sebagai antibiotic

3.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang putih

3.4 Petua dan larangan penggunaan bawang putih

Bab 4: Buah Zaitun

Pengenalan

4.1 Kandungan nutrien dalam buah zaitun

4.2 Khasiat buah zaitun
4.2.1 Agen perubatan
4.2.2 Antioksidan (bahan antipenuaan) dan bahan kecantikan
4.2.3 Penyembuh penyakit kronik
4.2.4 Sebagai agen pemakanan yang sihat

4.3 Penyediaan ubat menggunakan buah zaitun

4.4 Petua dan larangan penggunaan buah zaitun

Bab 5 : Buah Delima

Pengenalan

5.1 Kandungan nutrien dalam buah delima

5.2 Khasiat buah delima
5.2.1 Unsur penting pembentukan darah merah dan antioksidan
5.2.2 Memelihara jantung dan saraf
5.2.3 Mempercepat tumbesaran

5.3 Penyediaan ubat menggunakan buah delima

5.4 Petua dan larangan penggunaan buah delima

Bab 6: Halia

Pengenalan

6.1 Kandungan nutrien dalam halia

6.2 Khasiat halia
6.2.1 Agen penyembuh
6.2.2 Pembunuh kuman
6.2.3 Penawar racun dan menghentikan muntah

6.4 Penyediaan ubat menggunakan halia

6.5 Petua dan larangan penggunaan halia

Bab 7: Timun

Pengenalan

7.1 Kandungan nutrien dalam timun

7.2 Khasiat timun
7.2.1 Agen kecantikan
7.2.2 Sebagai penyingkir bahan toksik
7.2.3 Menggalakkkan pembuangan air kecil

7.3 Penyediaan ubat menggunakan timun

7.4 Petua dan larangan penggunaan timun

Bab 8: Bawang merah

Pengenalan

8.1 Kandungan nutrien dalam bawang merah

8.2 Khasiat bawang merah
8.2.1 Agen pembunuh sel kanser
8.2.2 Mengurangkan risiko Alzheimer's dan kencing manis
8.2.3 Membantu awet muda dan menurunkan tekanan darah

8.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang merah

8.4 Petua dan larangan penggunaan bawang merah

Bab 9: Buah Tiin

Pengenalan

9.1 Kandungan nutrien dalam buah tiin

9.2 Khasiat buah tiin
9.2.1 Mengubati penyakit kronik
9.2.2 Menjaga kesihatan tubuh
9.2.3 Dapat merangsang haemoglobin darah dan mengubati luka
9.2.4 Dapat menurunkan berat badan
9.2.5 Khasiat buah tiin yang lain

9.3 Penyediaan ubat menggunakan buah tiin

9.4 Petua dan larangan penggunaan buah tiin

Bab 10: Anggur

Pengenalan

10.1 Kandungan nutrien dalam anggur

10.2 Khasiat anggur
10.2.1 Antioksidan
10.2.2 Dapat memacu kecerdasan otak

10.3 Petua dan larangan penggunaan buah anggur

Bab 11: Susu Haiwan

Pengenalan

11.1 Kandungan nutrien dalam susu

11.2 Khasiat susu
11.2.1 Kaya dengan nutrien
11.2.2 Sebagai sumber kalsium yang utama
11.2.3 Sebagai alat perawatan tubuh
11.2.4 Sebagai penawar penyakit

11.3 Penyediaan ubat menggunakan susu

11.4 Petua dan larangan penggunaan susu

Bab 12: Susu ibu

Pengenalan

12.1 Kandungan nutrien dalam susu ibu

12.2 Khasiat susu ibu
12.2.1 Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul
12.2.2 Antijangkitan yang melawan penyakit
12.2.3 Meningkatkan kecerdasan otak bayi

12.3 Kebaikan susu ibu
12.3.1 Melahirkan generasi muda yang sihat dan pintar
12.3.2 Menjadikan wanita bekerja lebih sihat
12.3.3 Kaedah perancang keluarga yang selamat
12.3.4 Menyerlahkan naluri keibuan
12.3.5 Memudahkan pergerakan

12.4 Saranan penyusuan di tempat kerja

12.5 Petua dan larangan penggunaan susu ibu

Bab 13: Ikan

Pengenalan

13.1 Kandungan nutrien dalam ikan

13.2 Khasiat ikan

13.3 Khasiat ikan linang

13.4 Petua dan larangan penggunaan ikan

Bab 14: Daging

Pengenalan

14.1 Kandungan nutrien dalam daging

14.2 Khasiat daging
14.2.1 Menguatkan tulang dan gigi dan membentuk sistem saraf
14.2.2 Membentuk haemoglobin
14.2.3 Daging tidak menggemukkan jika diambil dalam jumlah yang seimbang

14.3 Jenis-jenis daging
14.3.1 Daging lembu dan sapi
14.3.2 Daging kambing biri-biri/kibas
14.3.3 Daging unta
14.3.4 Daging kuda
14.3.5 Daging kijang
14.3.6 Daging arnab
14.3.7 Daging dhab

14.4 Petua dan larangan penggunaan daging

Bab 15: Air

Pengenalan

15.1 Kelebihan air

15.2 Bagaimanakah tubuh boleh kehilangan air?

15.3 Simpton-simpton kehilangan air

15.4 Kesan penyahhidratan yang teruk

15.5 Air zamzam

15.6 Petua dan larangan penggunaan air

No comments:

Post a Comment