بسم الله
الرحمن الرحيم................
Alhamdulillah,syukur
dengan nikmat Allah ku masih hidup dan mempunyai kekuatan untuk kembali menulis
sedikit coretan hidupku supaya boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada
orang ramai.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Allah~~
Hanya itu yang mampu
ku ucap pada masa ini. Seusai solat maghrib tadi, tiba-tiba terdetik di hatiku ini
untuk bermuhasabah diri ini balik. Aku terduduk di hujung katil sambil merenung
di luar jendela. Allah~ hari ini terlalu banyak peristiwa berlaku pada diri
ini,bukan hari ini sahaja yang ku banyak buat dosa,tapi begitu juga hari-hari
sebelum ini. Aku renung kembali detik-detik ku lalui sepanjang buat minggu ini
sahaja..Allah~ terlalu banyak dosa.Akhirnya menitis juga air mata keegoanku.
Ahli keluargaku tidak menyedari yang ku sedang menangis. Ketika itu,hanya ku
mampu istighfar banyak-banyak kerana menahan sebak di dada yang tidak dapat ku
tanggung lagi. Aku rindu Nabi Muhammad, rindu kekasih Allah~~ Ku menangis
teresak-esak kerana ku bayangkan bagaimana ku hendak menghadap Nabi Muhammad
dengan keadaanku yang penuh dosa dan hina ini. Ku tidak layak menjadi umatmu
Nabi Muhammad. Wahai purnama~~
Written by: Srikandi Solehah93