Thursday, May 31, 2012
Rindu Nabi Muhammad!!!!
Ya Badrotim versi piano pulak….^_6
Thursday, May 24, 2012
Nikah Awal atau Kahwin Muda
Seringkali berita-berita yang dipaparkan di muka depan Harian Metro ataupun Kosmo mengenai gejala anak luar nikah dan sebagainya menyebabkan hati ana dan umat Islam yang lain sentiasa gundah-gulana. Adakah ini imej Islam yang kita nak tunjukkan kepada orang not-yet Muslim? Namun alhamdulillah, dewasa ini makin ramai yang serius untuk bercinta dan meletakkannya di landasan yang tepat lagi baik, iaitu pernikahan, tak kiralah samada nikah seperti biasa ataupun nikah gantung. Itu satu perkembangan yang baik buat rakyat Malaysia, umat Islam khususnya. Ana harap perkembangan tentang kahwin muda atau nikah awal ini adalah satu cara yang positif lagi baik dalam kita menangani masalah ini!
CINTA ITU FITRAH!
Cinta itu adalah fitrah dan Islam sama sekali tidak pernah menghalang untuk kita bercinta, malah Islam menyediakan landasan untuk kita bercinta. Allah, al-khaliq, pencipta segala makhluk, Dialah yang paling tahu apa landasan terbaik untuk manusia bercinta. Sebagaimana Allah mengaturkan peredaran langit dan bumi, siang dan malam, bulan dan matahari, apatah lagi dalam perkara semudah cinta, takkan Allah tak mampu mengaturnya? Na’uzubillahi min zaalik.
Saudara-saudari pembaca yang mencintai Allah sekalian, apakah sunnah yang Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bawakan dan ajarkan kepada kita untuk melalui dan menikmati fitrah cinta dan berkasih-sayang sesama manusia yang berlainan jantina? Sudah semestinya nikah. Ya, nikah!
MUDA SANGAT UNTUK BERNIKAH?
Kalau di saat muda ramai yang berzina, apa salahnya untuk bernikah di saat muda? Tidak pernah ada penetapan di dalam Islam di usia berapakah kita patut berkahwin. Bahkan di dalam hadis shahih al-Bukhari dan Muslim di atas, cara yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam untuk para pemuda menundukkan pandangan dan memelihara faraj (kemaluan) adalah dengan bernikah. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan masyarakat kita yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, jika tidak di alam nyata, ia berlaku di alam maya. Ketika mudalah masa yang paling sesuai untuk bernikah kerana di saat itulah banyak godaan syahwat melalui pandangan dan suasana.
Malah, dengan bernikah itulah mampu menyempurnakan separuh dari agama kita sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam :
SAYA MISKIN, BAGAIMANA NAK BERNIKAH?
Perkataan ini adalah perkataan yang batil, kerana bertentangan dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Allah memerintahkan untuk berkahwin, dan seandainya mereka fakir ayau miskin pasti Allah akan membantu dengan memberi rezeki kepadanya. Allah menjanjikan pertolongan kepada orang yang bernikah, berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta’ala:
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya :
KAHWIN BOLEH MENGGANGGU PELAJARAN SAYA
Kalau inilah hujjah yang anda keluarkan, ana yakin dan pasti anda tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bila anda dah mula bekerja, keluar pula alasan seperti kahwin mengganggu kerja, tidak cukup duit, pekerjaan tidak stabil dan beribu alasan yang tak munasabah! ana suka untuk memetik ulasan Syaikh Soleh al-Fauzan hafizahullah :
“Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya, dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya”.
PENUTUP
Ana merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah subhanahu wa ta’ala kerana sejak kebelakangan ini mahasiswa semakin sedar tentang hakikat indahnya perkahwinan dan menolak pacaran atau dalam bahasa mudahnya, “couple“. Sesungguhnya Islam itu ad-Din yang mudah dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Allahu a’lam.
p/s : Nasihat ini adalah untuk sahabat-sahabat yang rasa dirinya tidak boleh hidup tanpa lelaki . Ana ni boleh lagi, jadi Ana terkecuali. Hehe, apa pun, Ana menyerahkan kepada Allah untuk menentukan samada ana kahwin awal atau lambat. Ada jugak sikit-sikit perasaan nak kahwin awal tu, tapi perasaan tu terpadam bila makin cuba mendalami agama, kerana semakin banyak belajar, semakin Ana sedar akan kejahilan saya dan jauhnya saya dari Islam yang shahih.
“Wahai para pemuda! Sesiapa diantara kalian mampu untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari, Muslim)
CINTA ITU FITRAH!
Cinta itu adalah fitrah dan Islam sama sekali tidak pernah menghalang untuk kita bercinta, malah Islam menyediakan landasan untuk kita bercinta. Allah, al-khaliq, pencipta segala makhluk, Dialah yang paling tahu apa landasan terbaik untuk manusia bercinta. Sebagaimana Allah mengaturkan peredaran langit dan bumi, siang dan malam, bulan dan matahari, apatah lagi dalam perkara semudah cinta, takkan Allah tak mampu mengaturnya? Na’uzubillahi min zaalik.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu semua (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (sunnah-sunnahku), nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosamu“. [Surah Ali 'Imran : 31]
Saudara-saudari pembaca yang mencintai Allah sekalian, apakah sunnah yang Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bawakan dan ajarkan kepada kita untuk melalui dan menikmati fitrah cinta dan berkasih-sayang sesama manusia yang berlainan jantina? Sudah semestinya nikah. Ya, nikah!
MUDA SANGAT UNTUK BERNIKAH?
Kalau di saat muda ramai yang berzina, apa salahnya untuk bernikah di saat muda? Tidak pernah ada penetapan di dalam Islam di usia berapakah kita patut berkahwin. Bahkan di dalam hadis shahih al-Bukhari dan Muslim di atas, cara yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam untuk para pemuda menundukkan pandangan dan memelihara faraj (kemaluan) adalah dengan bernikah. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan masyarakat kita yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, jika tidak di alam nyata, ia berlaku di alam maya. Ketika mudalah masa yang paling sesuai untuk bernikah kerana di saat itulah banyak godaan syahwat melalui pandangan dan suasana.
Malah, dengan bernikah itulah mampu menyempurnakan separuh dari agama kita sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam :
“Sesiapa yang bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi” [HR at-Thabrani dan Hakim]
SAYA MISKIN, BAGAIMANA NAK BERNIKAH?
Perkataan ini adalah perkataan yang batil, kerana bertentangan dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Allah memerintahkan untuk berkahwin, dan seandainya mereka fakir ayau miskin pasti Allah akan membantu dengan memberi rezeki kepadanya. Allah menjanjikan pertolongan kepada orang yang bernikah, berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Surah an-Nur : 32]
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya :
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya“. [HR Ahmad, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim]
KAHWIN BOLEH MENGGANGGU PELAJARAN SAYA
Kalau inilah hujjah yang anda keluarkan, ana yakin dan pasti anda tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bila anda dah mula bekerja, keluar pula alasan seperti kahwin mengganggu kerja, tidak cukup duit, pekerjaan tidak stabil dan beribu alasan yang tak munasabah! ana suka untuk memetik ulasan Syaikh Soleh al-Fauzan hafizahullah :
“Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya, dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya”.
PENUTUP
Ana merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah subhanahu wa ta’ala kerana sejak kebelakangan ini mahasiswa semakin sedar tentang hakikat indahnya perkahwinan dan menolak pacaran atau dalam bahasa mudahnya, “couple“. Sesungguhnya Islam itu ad-Din yang mudah dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Allahu a’lam.
p/s : Nasihat ini adalah untuk sahabat-sahabat yang rasa dirinya tidak boleh hidup tanpa lelaki . Ana ni boleh lagi, jadi Ana terkecuali. Hehe, apa pun, Ana menyerahkan kepada Allah untuk menentukan samada ana kahwin awal atau lambat. Ada jugak sikit-sikit perasaan nak kahwin awal tu, tapi perasaan tu terpadam bila makin cuba mendalami agama, kerana semakin banyak belajar, semakin Ana sedar akan kejahilan saya dan jauhnya saya dari Islam yang shahih.
Tuesday, May 1, 2012
SUSAHNYA BERBICARA DENGAN ORANG BODOH SOMBONG ..
TERLALU EGO...
Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.
Kerana apa?
Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?
PENGALAMAN HIDUP
Sebenarnya ana adalah bekas kepimpinan sekolah. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, minat ana sangat mendalam pada dunia sajak, pidato, perbahasan, syarahan agama, forum dan apa sahaja bentuk pengucapan awam.
Mungkin dunia dulu, ana banyak bergelumang dengan pencarian fakta, menulis dan menghafal skrip, seterusnya menterjemahnya dalam bentuk gaya badan, eye-contact dan tone suara yang selari dengan penghayatan skrip.
Namun, realiti semasa ana sekarang, dengan kesibukan dunia pendidikan banyak merehatkan ana daripada dunia cabaran yang penuh keterujaan ini.
Mungkin orang fikir itu adalah kebanggaan. Satu kepuasan. Bagi ama, tidak.
Demi menghilangkan tabiat berhujah dan "outspoken", aku menghilangkan ketagihan tersebut dengan dunia FB sama ada dalam bidang dakwah, tarbiyyah mahu pun politik.
Antara isu-isu terhangat yang memerlukan level tahap kesabaran dan ketabahan berhujah ialah isu BERSIH.
Penerangan demi penerangan. Hujah demi hujah. Pencerahan demi pencerahan saban dilontarkan, tapi hanya sia-sia dan menjadi dangkal dek kerana sikap jahil manusia.
Membangkang bukan bermakna ingin mencetus permusuhan.
Mengkritik bukan bermakna tidak bersyukur.
Tidak bersetuju bukan kerana tidak mengenang jasa
Tidak bersekutu bukan bermakna membenci kerajaan
Padahal jawapan-jawapan mahupun komen-komen yang diberi terlalu amat "close-minded", kuno, racist, assabiyah, kesat, kotor dan tidak berbudi bahasa yang mana dikategorikan level IQ terendah!
Bagi mereka isu politik terutamanya adalah isu mencari gaduh! Bermusuhan antara satu sama lain. Berhujah untuk tunjuk "terror", untuk menang, dan merendah-rendahkan personaliti seseorang. Berhujah dengan emosi berkiblatkan nafsu amarah, dengki atau pun menyampah. Terlalu sentimental.
Itu namanya tiada etika. Sama ada etika penulisan mahupun bahasa percakapan.
Seteruk-teruk bahasa orang Kedah yang paling kasar dan kesat, tidaklah ana sebagai anak jati Kedah turut terjerumus dalam kancah kekotoran dan tidak bertamadun ini.
Ana ada sedikit tergelak dengan kata-kata seorang sahabat, dan aku sangat bersetuju dengan dia. Ada 6 skrip yang biasa kita jumpa sama ada dalam You tube mahupun FB :
"Meh ambe cerita skrip yang akan jadi kalau ambe menjawap. Sebab sudah berpengalaman sudah dengan 49.5 orang...hehe.
Ambe menjawap, dibalasnya bajet bagus le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini jenis orang tak syukur
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini ke cara dakwah yang berhikmah
Ambe jawap bagi nas dan dalil, dibalasnya ceh bajet alim sangat le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya huh emo je lebih
Ambe jawap lagi, tidak dibalas tapi dijeritnya pada status diumpat
Sebelum ambe jawap, jawap, jawap lagi. Baik hentikan rantai itu dengan Kah kah kah...gelak saja!"
Akhir kata : walaupun kita tidak pandai tapi janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan, namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.
Namun, jangan pernah berhenti, jemu dan bosan dalam menjadi media penyampai demi kebenaran. Berusaha memberi bahan yang mengetengahkan bahan pencerahan minda yang sesuai dengan tahap pemahaman dan IQ mereka, berikan kesedaran dan berdoalah selalu agar Allah memberikan kita petunjuk dan menunjukkan kita jalan yang sebenar-benarnya, yang mana haq dan yang mana batil.
p/s : kenalah rajin dan banyak membaca tentang dunia luar. Sama juga dalam pelajaran, memang kena banyak membaca. Seronok kalau banyak membaca dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)