Pages


Thursday, July 1, 2010

~sekadar perkongsian ilmu~


Assalamualaikum...
Alhamdulillah segala puji-pujian bagi ALLAH,ana dapat meluangkan sedikit masa ana untuk berkongsi sedikit ilmu yang ana baru dapat.Jika,ada salah dan silap sila beri tunjuk ajar.Ilmu ni ana dapat dari kawan2 ana di sekolah.Sebenarnya ana baru dapat tahu bahawa di youtube terdapat 1 slot yang di nama "THE ARRIVALS".Kisah ni banyak episod,so,ana harap kita sebagai orang islam seharusnya menonton video ni sebelum pihak sana delete.Ia berkaitan dengan pergerakan atau perancangan israel terhadap orang islam.Apabila ana tengok video2 tu,ana rasa betapa hinanya ana sebagai orang islam yang hanya mampu melihat dan mendengar sedangkan saudara kita di sana berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan agama islam.Padahal,kita yang digelar negara aman,senang2 kita menhancurkan agama islam.Ana sebenarnya geram dan menyampah dengan pihak israel ni,tapi,walau apapun,kita sebagai orang islam di Malaysia ni seharusnya merancang strategi untuk membantu saudar2 kita di sana.Misalnya,kita melaksanakn amar ma'ruf nahi munkar di negara kita.Kita kembali kepada sirah2 Rasulullah,ketika mana baginda ingin menyebarkan agama islam,tetapi,baginda melaksankan dakwah tu secara rahsia.So,kita di sini sebagai orang islam seharusnya mengambil langkah yang bijak dengan bergerak secara rahsia.Memang agak susah,sekurang2nya kita dapat mengajak dan memahami satu konsep tertentu sebelum dilaksanakan secara besar-besaran.Ana harap kita dapat bersabar dalam berjuang.Memang kadang2 kita berasa lemah dengan perjuangan ni.Kalau kita lemah dalam perjuangan,cuba kita imbas kembali sejarah nabi ketika berdakwah dan sahabat2 nabi ketika menyebarkan islam.Nabi pun pernah bersabda,"Nanti terdapat satu kaum yang lebih hebat daripada sahabat2 Rasulullah",sahabat nabi bertanya"adakah amalan kami tidak mencukupi untuk menjadi orang yang hebat?"Nabi bersabda"Nanti di akhir zaman nanti,terdapat satu jemaah yang bersusah-payah menyebarkan agama islam dan berdiri teguh dalam islam,sedangkan mereka tidak pernah melihat aku bahkan mereka yakin bahawa islam itu adalah agama yang benar"Waallahua'lam.Ayat ini mejelaskan situasi di mana kita sendiri perlu bersatu tenaga untuk mempertahankan agama islam,walaupun nabi tidak bersama dengan kita.Ana sebagai seorang pelajar hanya boleh membantu setakat mana yang ana mampu sahaja untuk menaikkan martabat islam kembali.Munkin usaha ana ni di anggap lebih kecil lagi daripada zarah,namun ana harap sekecil mana pun usaha ana,insyaallah ALLAH akan membantu dan bersama dengan ana.Ana ingin menasihati diri ana dan saudara/i2 islam di luar sana,marilah kita bersama2 bermuhasabah diri kita kembali,renung balik dosa2 yang kita telah lakukan,sama ada sengaja atau tidak sengaja.Semoga ALLAH menerima taubat kita yang hina ini.Walau apa2pun masalah,kita renung balik,sebenarnya kita ni mungkin ada masalah dengan ALLAH...mungkin ALLAH merindui kita dan dia mahu kita mengadu kepada-NYA,namun sebaliknya,kita hanya mengadu masalah kita ni kepada manusia sendiri.Padahal semua masalah yang menimpa kita ni semuanya datang dari ALLAH untuk menguji tahap keimanan hambanya...setakat ini sahaja lah ana boleh berkongsi ilmu dengan saudara/i islam di luar sana,jika ada sebarang silap dan salah semuanya datang dari diri ana yang jahil ini,dan semunya yang baik itu datangnya dari ALLAH.Yang paling penting,jangan tengok blog nie spa punya atau cantik ker tidak,tapi ambil lah apa yang ingin disampaikan.Semoga ALLAH tetepkan hati kita semua dalam satu jemaah yang menegakkan agama islam...waallahua'lam...TAKBIR!!!!







No comments:

Post a Comment