Pages


Wednesday, June 22, 2011

hari pertama di Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan

Alhamdulillah,ana panjatkan kesyukuran kepada ALLAH dan sesungguhnya hanya kepadanya tempat selayaknya memuji...pada 19/6/2011 merupakan tarikh bersejarah bagi ana...tarikh kemasukan ana ke Universiti Malaya bagi panggilan kedua...sesungguhnya UM,Nilam Puri merupakan antara tempat dan impian ana nk pergi sambung mengaji di peringkat universiti...

Pada pukul 9 pagi ana ditemani dengan ahli keluarga ana pergi mendaftarkan diri di Universiti Malaya...mula2 ana x percaya yang ana nk mengaji di UM...ye la sblm ni ana dah berazam yang ana nk still STAM,di MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR...rindunya....tp,apabila rayuan UPU ana diterima...ana nk ckp apa lagi...so,malam tu buat discussion dgn family...kptsannya...

Ana ingat selepas pendaftaran ada orentasi,tp,rupa2nya kna masuk ke kuliah terus..huhuhu...kat sini bagi semester 1 ada 8 majmuah...ana dpt majumah 1...kalau ana tgk jadual majmuah ana,ahad dgn isnin merupakan hari paling letih...kelas padat sangat2....dah la ana bru dftr je,tiba2 kna msuk klas trus..hari ahad plak tu...tp,ahad dan isnin minggu ni ana x rasa pa2 lagi...syok ngaji di sini...dlm majmuah ana da 21 org t'msuk ana...6 muslimin 15 muslimat...alhamdulillah,ana rsa x teruk sgt mengaji kat sni...byk bnda yang ana dah mengaji di maahad sebelum ini baru diajar di sini...ana apa lagi tunjuk bakat budak maahad la...

Biah kat sini bagus sangat...tenang ja..lebih kurang sama dengan biah di Maktab Mahmud Alor Setar...kat sini ana jumpa kak Jalidah,senior ana....alhamdulillah,kalau ana da masalah ana akan terus berhubung dgn dia...kat sini yang hanya tau hnya 6 0rg bdk maahad(muslimat)antaranya ialah,syifak,iman,sabitah,raihan,fathyyah,syahirah dan ana...kat sini smua pensyarah baik2 je...siap puji bdk maahad lagi...kat sini juga rmai student maahad....

Penginapan pula,di sebelah muslimat terbahagi kepada 2 bahagian iaitu blok A dan blok B...ana dok blok B..tingkat tiga...x larat nk mendaki setiap hari...lepas ni jadi rutin ana la nk mendaki bangunan asrama ni...kat sini digalakkan solat jemaah...setiap bilik da 3 org walaupun katil leh tido 4 org...bilik ana dapat agak luas la...ana dapat sorang bdk yayasan khairah,baling,kedah dan bdk KISAS...smua hebat2 belaka....tkot ana nk study dgn dpa dua ni...hehehehe...

insyaallah,ari khamis dan jumaat ni da hari haluansiswa bagi pelajar second  intake...sedihnya x dpt pergi pengajian TOK GURU NIK AZIZ....huhuhu..x da rezeki ana...k la nnti ana cerita lagi pengalaman ana di sini...sebenarnya banyak sangat benda2 baru ana dapat...ye la ana sebelum ni x pernah lagi berenggang dengan family ana...sekarang ni baru ana tahu betapa jauhnya langit dan bumi...kat sini smua kna berjimat,x leh nk boros2 sgt...alhamdulillah,ana ni bkn jenis org ska boros so, x jdi msalah bg ana...


hak cipta: srikandisolehah93...22/6/2011(Rabu),pukul 2.36 ptg...

Saturday, June 18, 2011

jln hidupku...


tadika abim


sekolah rendah islam darul aman


maktab mahmud alor setar
(f1-f5)

    
pengajian lepas spm

Monday, June 6, 2011

Muhasabah Diri

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?
Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.
Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.
Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).






Wednesday, June 1, 2011

Wahai remaja, pernahkah anda menangis?

Wahai remaja pernahkah anda menangis? Pernahkah anda menangis melihat sesuatu perkara yang membuatkan anda menangis? Pernahkah hati anda berasa sedih apabila mengenangkan dosa-dosa lampau? Adakah dengan mengingati dosa dan mati ia mampu membuat anda sedih dan insaf? Pernahkah anda rasa ingin menangis apabila mengenangkan sesuatu? Pernakah anda menangis semasa berdoa kepada Allah s.w.t? Ketahuilah menangis kerana dosa ini dapat memecahkan kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar kepada Allah s.w.t.


Ya Allah, aku mohon padamu kau ampunilah segala dosa-dosaku. Hamba tahu, hamba terlalu banyak melakukan dosa terhadapmu ya Allah. Hampir tiap-tiap hari, tiap-tiap saat, selama aku masih hidup diatas muka bumi kau ya Allah. Hamba tidak pernah walau sedikitpun tidak melakukan kemungkaran terhadap diriku sendiri ya Allah. Aku berlaku zalim terhadap diriku sendiri ya Allah. Setiap kali aku melangkah kemana-mana, aku seringkali menzalimi diriku dengan melakukan bermacam jenis dosa ya Allah.

Mataku tidak terlepas daripada ancaman dari pelbagai sudut ya Allah. Rata-rata memakai pakaian tidak menepati syariatmu ya Allah. Mataku dizalimi dengan penglihatanku sendiri kerana aku tidak mampu menundukkan pandangan. Namun aku masih tertanya-tanya ya Allah, mengapa kaum Hawa segelintirnya suka mendedahkan aurat untuk menjadi tatapan kaum Adam ya Allah. Sedangkan didalam kitab sucimu Al-Quran serta hadis ada menyebut mengenai aurat. Lihatlah ya Allah hamba tidak mampu menghalang mereka daripada melakukan perkara mungkar.

Ya Allah, ramai anak remaja kaum hawa kini tidak segan dan silu membiarkan tubuh mereka dirantah golongan adam yang dahagakan tubuh mereka, namun mereka tidak takut dirantah api neraka. Makin hari makin ramai yang berzina sesama mereka. Ya Allah, kau berikanlah cahaya hidayahmu kepada mereka supaya mereka keluar dari lembah kehinaan dunia ini.


“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya 
ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). (1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-
orang yang beriman. (2)”
 (An-Nur: 1,2)

Ya Allah, mereka juga tidak segan dan silu menayang perhiasa mereka dengan tidak memakai tudung dan menutup dadanya dengan rapi. Mereka tanpa segan dan silu menayang dadanya berjalan dari hulu ke hilir tanpa disedari kaum Adam melihatnya. Kau berikanlah hidayah pada golongan ini supaya kembali ke pangkal jalan.


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An Nur: ayat 31)



Ya Allah, aku mohon padamu. Kau jauhkanlah diriku daripada azab api neraka yang amat pedih tidak dapat ditanggung olehku. Kau jauhilah aku daripada perkara-perkara yang mungkar dan perkara yang dilaknat olehmu kepadaku ya Allah. Ya Allah hamba sedar hamba telah banyak lakukan kesalahan dan laranganmu, namun aku mohon kau bantulah aku daripada perkara-perkara mungkar tersebuat, apalah dayaku ingin melepasi rintanganmu tanpa bantuanmu ya Allah. Hamba tiada siapa-siapa lagi yang bolehku mohon pertolongan, kecuali kepadamu ya Allah tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Ya Allah, aku mohon padamu kau berikanlah hidayahmu kepadaku agar aku mudah mendekatimu, aku mudah beribadat kepadamu, mudah bertaqwa kepadamu agar setiap rutin harianku tidak melanggar batas dan syariat yang telah ditetapkan olehmu sepertimana didalam Al-Quran. Ya Allah kau berikanlah cahaya hidayah dan petunjukmu kepada golongan yang jahil. Kau bukakanlah hati mereka dengan  memberikan mereka peringatan dan pengajaran akan azabmu diakhirat, moga dengan peringatanmu ini mereka akan sedar daripada terus melakukan dosa.

Ya Allah, kau teguhkanlah imanku, kau kuatkanlah amal solehku, kau bimbinglah aku ke jalan yang benar yakni jalan yang kau redhai. Ya Allah, kau kurniakanlah kesabaran kepadaku yakni, Sepertimana kesabaran Nabi Muhammad s.w.t. Ya Allah kau tempatkanlah aku bersama-sama para sahabat apabila berada diakhirat nanti yakni bersama-sama para syuhada, para an’bia, para mujahidin serta Nabi Muhammad s.w.t.

Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan Islam. Jauhilah aku dari kejala-kejala murtad yang kini merebak bak virus yang sukar dicari penawarnya.

Ya Allah, aku mohon padamu, kau lindungilah, kau kuatkanlah, kau belalah parti politik yang ingin menegakkan agamamu di Malaysia ini moga Islam akan ditegakkan di Malaysia dengan izinmu. Ya Allah aku mohon sebelum aku meninggal dunia yang fana ini. Aku ingin melihat hukum Islam dilaksanakan di Malaysia, aku ingin melihat bertapa tingginya agama Islam apabila ditegakkan oleh golongan Ulama’, professional dan para-para pembesar yang mahukan Islam. Kerana aku ingin menikmati kehidupan dibawah pimpinan sebuah kerajaan Islam sepertimana pada kegemilangan Islam, zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.w.t. Aku teringin merasakan betapa nikmatnya hidup dibawah naungan Khalifah Islamiah.

Dimana agama Islam berada pada tahap tertinggi, kaum wanita dibela, hapuskan segala perkara mungkar. Dimana semakin kurangnya kadar jenayah, semakin kurangnya amalan rasuah, bangsa-bangsa utama di Malaysia yakni Melayu, Cina dan India. Dapat hidup harmoni aman sejahtera dibawah kerajaan Islam. Islam dapat diluaskan melalui aktiviti-aktiviti dakwah dan tiada siapa boleh menghalang agama Allah diperlebarluaskan diseluruh Malaysia serta dunia. Ya Allah, suasana inilah yang aku idam-idamkan dimana kerajaan Islam memiliki kuasa besar yang mampu menangkis serangan musuh-musuh Islam.

Ya Allah, kau jauhilah umat Islam daripada bergaduh sesama sendiri akibat perselisihan faham yang kecil, janganlah perkara kecil diperbesar-besarkan, sesungguhnya kau maha mengadili akan sesuatu.

“Dari Tsauban r.a katanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta’ala kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusan-ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa aku tidak menjajahkan kepada mereka  suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga  kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan.”" (HR Muslim)
Ya Allah, kau perkenankanlah doaku ini, supaya apa yang dihajatkan dikabul olehmu. Amiin ya Robbal ‘alamin