Pages


Sunday, April 29, 2012

DILEMA MENCARI PASANGAN HIDUP .....


 

 DILEMA MENCARI PASANGAN HIDUP .....



  “Cari-carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan. Bahagia berseri rumahtangga akan harmoni…”

Bergema satu bilik lagu nasyid Kumpulan Rabbani, “cari pasangan”. Menghayati liriknya sungguh bermakna. Membelai jiwaku yang selama ini dilanda dilema hidup. Hatiku kosong dan menderita dahagakan sebuah kasih buat peneman hidup.

Mencari seorang calon suami yang soleh bukanlah kerja senang. Ia diumpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka semakin susah untuk dapat.

Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat. Lewat menunaikan seru.


**************

“Sebelum kita kaji dan telek bakal suami, paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” pesan sahabatku suatu masa dahulu di alam kampus.

“Nak dapat bakal suami yang soleh, paling penting syarat utamanya solehahkan dulu diri kita. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal suami yang soleh untuk bakal isteri yang solehah. Tabur ciri-ciri isteri solehah dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah wanita solehah.”

“Tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal suami yang soleh?” tanyaku dengan muka mengharap.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri wanita solehah pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang soleh.

    Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”


“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zauj itu terlalu tinggi,”

Benar.

Bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi?

Jika ada yang kurang pada bakal zauj, si isteri perlu tampung selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa tidak boleh diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan.
 

Saya juga sedar kebanyakan wamita menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya. Itu adalah silap tafsir.

Ya Allah, layakkah aku untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta aku pada Pencipta manusia itu masih belum mantap? Aku hamba yang lemah cuma mengharap yang halal bagiku untuk kubina istana cinta dengan penuh barakahMu.

Terimalah permohonan hamba hina ini Rabb.....