Pages


Friday, January 6, 2012

Lama x update blog ana

Assalamualaikum,kaifahalukum kepada semua pembaca blog ini......

Lama sungguh ana tidak update blog ana ini....ntah berapa bulan dah ana tidak update blog ana.....sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ana....baik manis atau pahit....semua ana jadikan kenangan dan pengajaran dalam hidup ana dalam mendewasakan ana....sedar atau tidak  usia ana semakin meningkat namun,adakah amalan ana turut meningkat??waallahua'lam...ana harap dengan peningkatan usia ana ini,amalan ana juga turut bertambah....insyaallah...amin....

Ana ingin berkongsi pengalaman hidup ana atau perkara-perkara yang ana lalui sepanjang cuti sem ana sebagai seorang pra-guru pelatih ipg kampus tuanku bainun,bukit mertajam,pulau pinang....habis sahaja exam ana hari jumaat,ana terus balik rumah....kalau diikutkan ana dikehendaki balik lewat sedikit sebab ana dikehendaki satu perjumpaan....ana terpaksa balik awal untuk buat persediaan diri untuk pergi kem bina insan yang berlangsung pada keesokan hari(sabtu)....ana telah ditugaskan untuk bertugas sebagai urus setia kem bina insan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum(SRIDU)...kem ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan KEDAH DARUL AMAN yang dipimpin oleh PAKATAN RAKYAT yang peka akan keadaan dan kehendak remaja muslim pada masa kini...Kem Bina Insan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam....banyak pengalaman baru yang ana dapat...secara tidak langsung ana dapat mematangkan diri....bayangkan dengan usia ana 18 tahun dengan umur para peserta yang beza hanya 1 tahun dengan ana....ana rasa segan dengan para peserta yang memanggil ana sebagai "kak" dan mereka agak ramah dengan ana...ana tidak kisah sangat dengan peserta muslimat,ana hanya segan dengan peserta muslimin yang beramah mesra dengan ana....alhamdulillah,adik2 peserta muslimin ingat umur ana ini mencecah 20-an....

Habis sahaja KBI,sambung pula dengan Kem Anak Soleh(KAS)....ana telah ditempatkan di SRIDU juga...sahaja ana memilih SRIDU sebab berhampiran dengan rumah ana...mula-mula ana ditempatkan di langkawi...tapi,ana x mahu sebab susah balik dekat ana...KAS pula ana telah ditugaskan sebagai FASILITATOR...secara tidak langsung ana terpaksa berperwatakan seperti kanak-kanak....sebab pa??sebab....peserta KAS ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah....hasil daripada KAS itu,ana dapat simpulkan bahawa kanak2 sekolah rendah ini perlu diterapkan nilai2 murni yang berlandaskan syariat ISLAM...ana dapati adik-adik kumpulan ana ada yang tidak pandai nak solat,tidak tahu bacaan solat,tidak tahu hukum hakam ISLAM...ana pun hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku???adakah para guru di sekolah mereka tidak mengajar kepada mereka tentang hal ehwal ISLAM???atau adakah ibu bapa mereka sendiri yang tidak ambil endah tentang pembelajaran agama kepada anak-anak mereka???kesian ana tengok adik-adik kumpulan ana....alhamdulillah,ALLAH telah mengurniakan ana sepasang ibu bapa yang mementingkan ilmu agama kepada anak-anak mereka....so,apa yang ana dapat simpulkan...sekarang ini sudah dijadikan tanggungjawab ana dan sahabat2 ana yang mengambil kos perguruan khususnya untuk mengembangkan kembali syiar ISLAM....Ilmu tanpa amal boleh jadi gila....

Selepas itu,habis KAS ana hanya mampu berehat selama seminggu sebelum ana mengikuti pengajian kitab selama 2 minggu di DARUL HADIS,KEDAH...anjuran PAKSI...sepanjang pengajian itu kami dikehendaki menetap di asrama darul hadis di akar peluru...pengajian kitab berlangsung di masjid akar peluru,kedah....banyak ilmu yang ana dapat daripada pengajian kitab tersebut....sepanjang pengajian kami di sana,pihak PAKSI telah menanggung semua perbelanjaan kami....santai ja pengajian kami...walaupun ana pergi ke pengajian itu sebagai urus setia program..ana tetap mencari peluang untuk memasuki pengajian tersebut...Liyana Afrina,Nur Syafiqah,Amal Nabila,Nur Sabirah,Nur Nadzirah,Nurul Hidayah..banyak kenangan kita bersama dalam mengurus pengajian kitab ini....terlalu banyak kenangan yang tidak mampu ana lupakan..antaranya ana naik kereta dengan sabirah....dalam kereta itu banyak sangat perkara yang berlaku.....rindu sahabat2...selepas ini korang semua akan bergerak mengikut hala tuju masing2....mungkin korang semua akan bersama dengan menyambung pengajian di jordan or mesir....ana tidak dapat mengikuti korang semua lagi....huhuh...ana doakan semoga ukhuwah kita mantap...amin....

Sekarang ini ana sudah memasuki semula ke IPG Kampus Tuanku Bainun sebagai pelajar sem 2 PPISMP BA/PI/PA....wah!!!....x sangka umur ana semakin meningkat....x lama lagi umur ana akan memasuki 19 tahun....semoga dengan peningkatan umur ini,amal ibadat ana turut bertambah....dah la...ana x larat nak menaip...insyaallah...ana akan cuba selalu update blog ini kalau ana x banyak assignment la...kat IPG ini banyak assignment kena buat....k...see you...Wassalam

 
                                                  (rindu kat UM,Nilam Puri)